The Entourage

Friday, 31 January 2014

Crack Lagi!



Huwaaa.. Luck sangat tak baik laa ini hari. Aku on the way nak gi kerja tadi, tiba-tiba ada batu melantun kat windscreen. Terkejut sampai terjerit aku huwaaa.. Tengok-tengok sudah ada crack laa kan. Adoiii.. Mana datang pulak laa batu ni.. Padahal bukannya ada lori pun kiri kanan. Kereta je suma. Iskkkk.. Baru je tukar windscreen tak sampai setahun. Dah kena tukar lagi. Ruginyaaa. Grrrrr.. Nasib baik tak buat tinted lagi. Kalau tak double rugi!

Yang aku perasan batu tu melantun time aku dah dekat-dekat dengan flyover. Logic ke kalau batu tu melantun dari atas?


Thursday, 30 January 2014

Teether


Dak Gedik dengan teether barunya. Sedap agaknya carrot tu sampai kaki pun terjuntai-juntai haa :p

Wednesday, 29 January 2014

Belly Fat Go Away!

Semenjak dua menjak dah beranak satu ni. Masalah sungguh aku rasa tang ni. Tak tertanggung rasanya echeh.


Snapshot dari Instagram seorang kawan. Jum try! Kalau tak dapat sepuluh, tiga pun dah kira effort kan hahaha.

Tuesday, 28 January 2014

The Body Shop: Body Butter



Hari ni hati manyiaaakk happy. Pagi-pagi dah dapat Whatsapp dari Eddie. Dia hantar gambar ni. Wahhhh.. syioknyaa dapat collection baru body butter. Weeehuuu. Tub besar lagi uols. Ekeke.

Hari tu Eddie pergi Citygate Premium Outlet kat Tung Chung. Kat situ memang ada outlet The Body Shop. Memang all year round laa murah kat situ. Nama pun outlet kan. Semuanya 50%. Tu yang Eddie grab tiga biji untuk aku. Happynyaaaaa.. tq hub hub!

Tiga-tiga ni memang aku suka bau dia (husband belikan, tak suka pun cakap je suka :DDD). Aku memang sangat suka body butter especially kalau untuk kaki. Sebab kaki kan memang extra kering dari tempat-tempat lain.

Yang Passion fruit tu aku penah pakai shower gel dia. Very the sedap laa bau dia. Ni first time nak try body butter dia. Yang Japanese Cherry Blossom tu pun first time nak try body butter dia. Tapi sebelum ni aku pernah guna perfume and lotion dia. Wangi semerbak oke. Sedap sangat! Siap repeat beli dua botol time sale hari tu nak bagi An dengan Mama. Ekeke seronok diorang dapat perfume. Yang blueberry tu pulak, ok-ok laa bau dia. Aku pernah pakai time zaman-zaman MMU dulu. Very moisturizing.

Monday, 27 January 2014

iHeartBeads: Mini Tasbih

 

Small order dari jiran aku. rm2.90 each.

Interested? SMS/Whatsapp/emai 0129198861 or gina1983@yahoo.com! :D

Sunday, 26 January 2014

Saturday, 25 January 2014

7th Maternity & Children Expo, MVEC

 

Ada siapa-siapa plan nak pergi? Aku nak!

Banyak jugak benda nak cari kat sini. Siap dah list down haha. Barang-barang biasa adalah barang-barang yang perlu direplenish seperti diapers, nursing pad and toileteries. Barang-barang yang tak biasa adalah sweater, seluar panjang, socks dan segala-gala yang tebal untuk Si Gedik.

Sebabbbbbbb..

We're going on a vacation! :DDDD

Since first family trip kami dah lebih kurang confirm, so kena laa cari barang untuk Si Gedik. Heheheh. Destinasi percutian adalah tempat yang sezukkk so terpaksa laa cari something proper untuk Emyr since dia takde sweater yang betul-betul sesuai untuk winter. Sweater yang ada skang ni ala-ala sesuai untuk aircond je bule laa. Nipis je pung. Kesian pulak kat dia nanti. Hopefully jumpa laa yang elok sket nanti.

Hari tu masa pergi JPO ada jugak winter clothing untuk kids. Banyak jugak. Murah-murah pulak tu. Tapi masa tu awal sangat lagi. Belum ada planning nak vacation kat mana-mana lagi selain dari Hong Kong. So takde laa terpikir nak beli. Kang beli awal-awal kang membazir pulak kalau tak gi mana-mana.
 
Okay laa.. siapa-siapa yang pergi hari ni good luck laa ye mencari barang. Kot-kot kalau berselisih bahu tu jangan lupa tegur tau!

Friday, 24 January 2014

Lunch @ Italiannies


One of the days masa Eddie ada sini.

Hari-hari Eddie ada sini adalah hari-hari yang diraikan sebab dia jarang ada sini. Therefore, setiap kali dia balik, kami mesti ada program merayau cari makan. Bini dia ni kan kuat makan. Ekeke.


Haihh.. orang dah mandikan dia, siapkan dia, mekapkan dia, kasik dia kenyang, terus titun menonggeng. Cane nak kuar jalan-jalan ni?

Spinach & Artichoke Fomaggio

Kami ke The Gardens sebab aku nak gi menerjah handbag yang dah lama aku eyeing on kat situ. Saje nak nengok rege kot-kot lagi murah dari Hong Kong. Proven, Hong Kong wayyyy cheaper in terms of branded items. Apesal Mesia kena jual overpriced sangat pun tatau. So cancel saje. Tunggu gi Hong Kong baru beli. Berbaloi-baloi. Silap-silap bule dapat sekali dengan wallet. Ehe.. if you're reading this, I lappp you, hubby!

Sebelum tu kena ler isi perut dulu. Sebenarnya idok ler lapar sangat sebab sebelum tu macam dah alas perut bekpes. Aku order starter kat atas tu. Super sedap. Dipping dia very cheesy. Roti dia very crispy. Kalau makan mesti nak lagi. Eh. It rhymes. Haha.

Yang kat bawah ni pizza itik. Aku order sebab macam pelik je. Macam pelik je. But pizzaz will always be pizzas. How difference can it be, right? So-so je. Kena pulak masa tu dah sejuk sebab aku dok pegang Si Gedik. Eddie makan dulu. Lepas tu baru aku makan. So, rasa dia macam biasa je. Baik order Pizza Hut. Murah lagi.

Duck Pizza

Thursday, 23 January 2014

Singapore Wedding


Saje nak share gambar wedding masa kat Singapore hari tu. The shortest trip ever to Singapore. Kejap gila. Tak sempat nak berjalan ke mana pun.

Kami tidur dua malam kat Johor. Mahal kot hotel Singapore. Tapi bila tak tidur Singapore tu memang aku dah agak laa tak sempat nak berjalan ke mana pun. Masuk Singapore dah pukul 11 pagi. Jem kat causeway tu umang aiiii. Emyr dah 2-3 kali bangun tidur baru sampai. Sudahnya pukul 3 petang baru sampai wedding tu.

Melepak kat wedding tu agak lama gak laa sampai nak ke pukul 5. Lepas tu time tu hujan pulak.. memang takde mood sangat laa kan nak berjalan. Tengok baby-baby sekalian pun dah lesu je. Kesian sangat kepenatan. Elehh.. padahal dok mintak dukung je keja chehh.

Udang Besaaaar!

Teringat Sampai Skang Kat Kek Lapis Dia

Food memang super marvelous. Bayangkan udang besar-besar dia hidang. Dah macam buffet pulak. Dessert pun macam-macam. Tak kedekut rupanya orang-orang Singapore.

 

Kepada Aunty Jah, congrats ya dapat menantu. Bagai pinang dibelah dua gamaknya. Terima Kasih atas invitation. Sedap sangat makanan. Alhamdulillah. Nanti kita jumpa lagi ya!

Wednesday, 22 January 2014

Flight Radar 24

 

Untuk orang yang suka travel, untuk orang yang suka stalk laki sendiri, untuk orang yang suka tengok kapal terbang. Meh aku nak share satu app yang sangat best ni.


 Please see it to believe it. App ni pada aku sangat best. Since Eddie memang frequent traveler. Dan aku laa yang tukang menghantar dan mengambik kat airport. Aku selalu guna app ni untuk check whereabout dia. Sebab kadang-kadang, walaupun tau STA flight tu, tak semesti ETA dia sama. Kadang-kadang delay sampai sejam. Berjanggut aku nak menunggu kat airport.

So, dengan adanya app ni, boleh laa aku stalk laki aku sendiri walaupun di atas awan hahaha. Lagi setengah jam dia nak sampai, baru aku keluar rumah. Save time di situ. Almaklumlah, bila dah ada baby ni, rasa runsing je bila kena tinggalkan Si Gedik tu kat rumah. Kalau dah reti bahasa memang aku bawak sekali.

App ni best sebab memang info yang diorang bagi memang complete dan tepat. Siap gambar kapal terbang dia pun kapal yang sama. Not just satu gambar untuk suma. Nope. Siap ada plate no. skali.

Korang sila cuba ok!

Tuesday, 21 January 2014

Duc d'O: White Truffles With Strawberries

 

As usual, kalau Eddie balik, mesti ada chocolate untuk aku. Setiap kali balik, mesti lain-lain chocolate dia beli. Tapi this time yang paling pelik. Aku tak consider ni chocolate pun kot. Sebab tak rasa chocolate ekeke. It's white truffles with strawberry namanya.

Rasa dia macam white chocolate sket kat luar tu. Dalam dia mcm ada mousse dengan small chunks of strawberries. Sangat sedap. Tapi agak manis ler sebenarnya. Dan agak pricey ler untuk 16 pieces of these small nuggets.

Tak sure kat luar ada jual ke tak. Kalau sape-sape nak try bule kirim orang2 yang baru pulang dari obersi. Kat LCCT punya Eraman outlet. Packaging sangat cantik. sesuai bebeno untuk bagi gift kat orang. Okeh, nak sambung makan. Baaaaaaaaaaaai.

Sunday, 19 January 2014

Si Minnie Untuk Si Dara

 

Cumel tak? Aku dah lama eyeing kat benda ni since last year time aku selalu travel Hong Kong every month. It's a baby gift set. Ada 3 barang dalam tu. Ada hooded blanket, soft toy dengan apa eh satu lagi? Tak ingat pulak. Niat di hati aku nak beli untuk baby aku nanti. Cumel sangat baby Minnie tu. Siap dah pesan kat Eddie kalau kot-kot aku tak sempat beli, sila bawak balik untuk baby.

Tapi apakan daya bila scan hari tu, baby aku tak nak pink rupanya. Dia nak biru. Pink tak sesuwaiii dengan jiwa dia, katanya. Hahaha. Nasib baik laa ada anak buah girl coming soon masa tu. Happy aku. Bila tau je anak buah aku tu gegirl, terus pesan kat Eddie suruh beli untuk diorang nanti hehe. Tak dapat anak sendiri pakai, tengok anak buah pakai pun jaaaadi la kan. Anak buah aku sape? Tak lain tak bukan, mesti laa Si Tembun Qisya. Buah hati Falsya dan Irwan. Ehehehe..

Pastu kebetulan pulak, bespren aku kat opis aka pengapit aku pun baru jugak melahirkan. Hawa dapat baby girl jugak. Diorang dua-dua orang ni memang tak jauh delivery datenya. Selang seminggu je kot gitu. Terus aku suruh Eddie bawak balik dua set terus ekekeke. Pastu siap courier lagi ke Penang sebab Hawa berpantang kat rumah mak dia kat Penang. Hehe aku pulak yang over kan. :p Tatau ler kenapa, bila barang-barang baby kaler pink-pink ni aku memang takleh tahan sket. Cepat je nak capai hahaa. Nasib baik anak sendiri takleh pakai pink. Heh.

Qisya
Hannah
 
Tak ke rasa macam nak geget tu bila tutup kepala gitu. Geram betul tengok anak-anak dara nih. Puan Hawa dan Puan Falsya, pinjam gambar tauuu. :DDD

Saturday, 18 January 2014

Fitness: Killer Leg Routine


Another picture I found on Facebook. Jum try ramai-ramai. Kot-kot bule dapat kaki secantik Alessanda Ambrosio. Ecehhh. It's a looooong way to go, darling.

Friday, 17 January 2014

Lace Dari Bandung


Yeayyy.. Dah dapat! Last month Ayu berholiday di Bandung/Jakarta. Aku pun dengan pantasnya mengambil kesempatan kirim lace dengan dia. Hehehe.. Memang takleh dengar taww orang gi Bandung/Jakarta. Mesti nak mengirim :p

Sebenarnya belum ada plan/occasion apa-apa lagi. Tapi saje je simpan stok lace kot-kot ada orang order or diri sendiri nak buat baju. Wedding macam banyak je ni. Bukan rosak pun simpan lama-lama kan.

Aku pesan kat Ayu mintak carikan tiga kaler lace, ikut laa mata dia mana yang cantik. Aku tak kisah pun. Yang penting cari lace yang RM20 ke bawah. Memang qualiti lace tak bape nak cantik kalau harga macam tu. Tapi aku tak kisah pun sebab lace-lace tu aku buat base je. Atasnya akan dipenuhi dengan beadwork. Automatically baju akan jadi cantik.

Bila Ayu pass kat aku, dia cakap RM54 semuanya. Aku macam.. "Huhh? Apasal murah sangat?" Rupanya lace tu hanya RM9 semeter. RM9!!!!! Apasal tak beli lebihhhh!

Hahahaha.. Tamak. Tapi serius aku tak caya lace semurah itu. Kebetulan bila aku balik rumah, Effa dengan Abang ada kat rumah. Terus aku suruh dia pilih satu. Seronok dia hehe. Ada siapa-siapa nak gi Bandung lagi? Nak kirimmmmmm!

Thursday, 16 January 2014

Our Little Family




This is what we did every single night before hitting the sack.

We love you so much, Abah. :)

Wednesday, 15 January 2014

iHeartBeads: Tasbih Accesories


Order:
Stopper
Separator
Metal cap
Eyepin
3 warna teardrop kristal

Thanks for your order!

Interested? Whatsapp/sms/email to 0129198861 or gina1983@yahoo.com for further details!
 :D

Tuesday, 14 January 2014

Something For Abah

Saje posing anak beranak depan camera. Masa ni Eddie belum lagi beli ipad mini nya. So the only way to communicate is through Whatsapp. Every single day aku akan hantar gambar Emyr kat abah dia. As I said before, aku tak suka sebenarnya bila dorang ni berjauhan. Sebelum kawen lagi aku dah pening pikir pasal ni. Aku tak nak Emyr membesar jauh dari abah dia. It's not healthy for him. Family is meant to be together. Not far apart. Tapi apa kan daya. Haih..






Monday, 13 January 2014

iHeartBeads: Tasbih Accesories


Order:
Metal cap
Separator
Eye pin
Stopper
+ satu sample mini tasbih 33 butir

RM9 per 100 pcs for accesories and RM2.70 each for mini tasbih pearl.

Happy DIY-ing!

Interested? Whatsapp/sms/email to 0129198861 or gina1983@yahoo.com for further info! :D

Sunday, 12 January 2014

Crabtree & Evelyn


 Aku adalah salah seorang pengumpul tegar lotion. Aku pun tak tau nape, tapi aku tak boleh tengok lotion. Rasa gatal je tangan tu nak capai. Walaupun lotion kat umah dah mencapai 19 botol/tub. :| Aku pun tak tau bila masanya akan habis benda-benda tu. Dan setiap kali Eddie balik, setiap kali tu jugak laa dia bising. Haish. Sorry hubby. Obsesi teruk ni :(

Biasanya aku suka borong lotion/body butter kat Body Shop. Tapi hari tu, Ayu ada offer Lotion & Bath Set from Crabtree & Evelyn. Kawan dia jual. RM90. Terus terbuntang mata aku. Pantas aku cari harga kat website. Yup, memang murah. Terus aku transfer duit kat Ayu hahhaa.

Look At The Price :D
Berbaloi-baloi kan ehehehe. Bau pun sedap. Very citrusy. Texture lotion dia very light. Not as thick as body butters. Sesuai ler pakai keluar. Bath dia aku tak try lagi. Dah try nanti aku review ye.

 

Saturday, 11 January 2014

Kacang Pool

Siapa pernah makan kacang pool?

Aku baru makan tiga kali. Since first time aku try makan, setiap kali tu jugak laa aku akan cari kalau pergi Johor. Without fail. Sedappp okeee. Masa Singapore trip last weekend, sekali lagi aku belasah semangkuk kacang pool kat food court Larkin tepi Balai Bomba tuh. Orang Johor confirm tau.


Tuh laa rupa dia kacang pool. Kenapa nama dia kacang pool, usah ler tanya aku. Sebab aku pun tatau hekhek. Kacang pool ni makan dengan roti tebal yang disapu dan dibakar dengan ghee (minyak sapi) . Soft on the inside, crispy on the outside. Kalau tengah lapar memang tak cukup satu. Sebenarnya nak order extra, tapi since aku tengah menjaga makan, kubatalkan niatku itteww.

Kacang pool isinya adalah daging. Lebih kurang macam minced meat dalam stew. Served with telur mata sunny side up, ada cili hijau sket, bawang sket and limau kasturi. Tak nampak pulak kacang dalam tu. Ke dah hancur? Tak sure pulak. Sape ada resipi best mari laa share kat sini hehe.

Aku paling suka bila makan tu tergigit cili and bawang tu. Marvellous oke. Rasa nak pengsan jap. Sape-sape yang belum try sila laa try. Tak susah pun cari tempat dia. Landmark dia Balai Bomba Larkin. :D



Friday, 10 January 2014

Killer Kardio

 

 Found this on Facebook. Jum try kot-kot bule shed off any unwanted fat. Used to do this everyday without fail, last two years (Read the keypoint here: LAST TWO YEARS). Masa aku belum kawen. dan belum ada Si Kecik Kerinting :p

Rasa macam nak start balik semua fitness regimes dulu. Tapi rasanya tak semua aku bule buat kot. Manade masa oiii. Swim and run dah confirm-confirm kena tolak tepi. Hanya bule buat acitivity dalam rumah je.

Lari naik turun tangga.
Mop rumah.
Cuci toilet.
Sental dapur.
Cuci kereta.

Bakar kalori jugak kan tu?

:D

Wednesday, 8 January 2014

Fuh Fuhhh!


Baju tunang dah bule pakai balik. Yiahoooo! :DDD

Tuesday, 7 January 2014

iHeartBeads: Baju Raya Rose (Peach)

One of my favourite workmanship.

First, sebab ni first time dapat order beadwork macam ni. Usually it is always laces with beadwork. Ini just beadwork, and design dia sangat kena teliti sebab it involves LINES of beads and pearls. Bukan bertaburan atas lace macam selalu. So, sangat excited untuk buat hehehe.

Second, it's peach! Aku kan hantu peach. Eheeee.

Rose mintak aku buatkan baju dia macam gambar tengah tu (mintak kebenaran tuan punya gambar untuk re-post ye sebab baju awak super santekkk). Quite susah sebenarnya bila orang bagi contoh untuk jadi inspirasi. Aku tak boleh nak bebas berkarya. But I took that as a challenge. Echehhh ahahaha. Alhamdulillah Rose sangat-sangat suka.

Sama Tak?

Collar

Lengan

Bawah Baju

Interested? Text/whatsapp 0129198861 for further details ya! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...