Phew.. best gila pergi beli bunga kat Fah lean tadi. Rasa macam settle satu lagi benda yang pending untuk tunang. Dah boleh cross satu lagi benda dalam list. Hehe.
So, after habis borong bunga-bungaan yang cantik itu, kami pun nak balik laa. Lalu, aku baru teringat macam ada ternampak Wescourt kat tepi jalan tu. Ajak laa mama singgah. Sebab sebenarnya nak menyinggah adalah nak tengok set meja makan. Ada laa a few things jugak nak beli. TV cabinet, shoes rack, bedroom set. Tapi, yang paling penting adalah dining table set. Almaklum laa.. family ene kan nak datang merisik this March. So, kena laa tukar set meja makan aku tu. Mana laa nak muat 4-seater kalau diorang nak datang ramai-ramai, kan?
So, jalan punya jalan.. pusing punya pusing, ternampak laa satu set meja makan ni. Very cheap and nice. Glass table tau. Original price is RM659, tapi tengah sale jadi harga RM499. Can you believe it? Murah, kan? Here's the picture.
On Sale! Diana 6 + 1 Dining Table Set RM499! |
We were more or less dah fixated on buying this one. Keja kaca, kerusi pun cantik. Tapi, still nak berjalan-jalan lagi menengok-nengok. Tanya assistant tu (namanya Robin, Bangladeshi. Very nice man. Promote pulak) ada tak TV cabinet. Tengok-tengok ada satu ni. Very nice. RM307. Dapat kurang jadi RM300. BUT. Display stock laa pulak. Adeh. Mama belek-belek kot-kot condition teruk. Condition still good. Hmm.. put on KIV first.
TV Cabinet RM300! |
Tengok-tengok kat atas ada lagi satu floor. Gatai-gatai nak pergi tengok. Kat atas semua bedroom set! Hehe. Tengok punya tengok, terberkenan ada satu ni. I love the dresser. Not like the usual dressing table, this one cermin dia panjang and without the stool. Tak suka stool tu. Harga dia RM1372. Mahal jugak. Tiba-tiba Si Robin ni cakap dia boleh bagi RM900. RM900?? "Okay, I'll take it". I remember saying it.
Bedroom Set RM900 (Queen Bed, 4-Door Wardrobe, Dresser & Side Table) |
So, all in all, aku amik tiga barang. Bedroom set RM1372, TV cabinet RM307 and Dining table set RM659. Altogether RM2338. Tapi Si Robin ni bagi aku RM1650. Wahh.. bezanya RM688 tu. Alhamdulillah. Semoga barangnya elok-elok saja. Lambat lagi ni nak kahwin, tapi dah beli bedroom set siap-siap. Hehe. Dan dah boleh cross lagi satu benda dalam list. Weehuuu!
Okeyy.. sudah penat. Sekarang mahu pergi jenguk Owen kat bawah kejap. Sian dia kena paksa makan ubat kat vet tadi. Pastu kena caged. Tapi dia diam je. Sekali-sekali bila ternampak orang dia mengiaw. Tapi slow je. Pastu diam balik. Baiknya laa kau. Siapa laa yang sampai hati buang kau ni?
No comments:
Post a Comment
Jum cerita ceriti topik ini :D