The Entourage

Saturday, 31 March 2012

Solemnization Update: Makeup Artist Locked! (MakeupFreak)

Finally! Another makeup artist locked! Phew.

As you all may know. I still am looking for makeup artists for my nikah and reception, kan. Tunang aku dah locked hari tu dah. My tunang will be done by my good friends Kak Syikin or Dotz from Syikin Kadir Wedding Planner & Services. Tak kisah sangat siapa-siapa pun antara dua orang tu. Their works are fabs! Love you, guys! :D

So, untuk nikah ni.. aku memang dah KIV MakeupFreak. I just love her work. Sangat cantik. Tak nampak macam mekap pun. Just natural. So, yesterday aku bayar deposit untuk lock the date. The deposit dia hanya nak 30% from the total agreed rate. Rate dia adalah RM350 per session. Ni untuk tahun 2012 laa. Next year tak tau. Hehe.


Okay, done. Deposit dah bayar. Tinggal nak tunggu tarikh je. Phew! Another thing to cross from the list. Tak sabar rasanya nak kena mekap dengan Adlyana ni. Dia pandai buat sanggul jugak. Try tengok kat Facebook dia pulak.

Now, aku tengah cari mekap untuk reception pulak. Memang aku saje je nak amik makeup artist lain-lain untuk semua event aku. Sebab.. aku tak buat trial makeup. So, aku tak tau pun elok ke tak orang tu mekapkan aku nanti. Memang semua nampak cantik dalam gambar. Tapi tak semestinya kita akan cantik macam tu jugak, kan. So, amik lain-lain mekap artist would be the best bet. At least, kalau sorang hancus, yang lain ada kemungkinan akan jadi cantik. Kan? Plus, bila lagi kita nak main try-try mekap :p

But. I have to warn you.. amik mekap lain-lain ni agak costly sket. Sebab rate diorang akan kira per event. Usually, if you guys amik semua event kat sorang tuh je, he/she will reduce the price sket for you sebab kira macam discount laa sebab hire dia untuk semua majlis. So.. it's up to you guys to choose your makeup artist. Tepuk dada tanya selera :)

Here is a list of makeup artist and their rates for your reference. Good Luck! :)

Tuesday, 27 March 2012

Reception Update: Dewan & Baju Nikah (Peachy!)

Haha.. kelakar tak kalau aku cakap aku cuti hari ni? Padahal baru je cuti merisik Khamis dengan Jumaat hari tu, kan? Sebenarnya nak habiskan cuti. Cuti tahun lepas berbaki lagi sehari je. So, plannnya nak amik Jumaat. Tapi Ajis dah amik dulu pulak. Haihs. Lalu, Suresh suruh amik esok. Rabu. Adeh.. ada yoga pulak.. So, aku mintak laa Suresh hari ni. Dapat laa pulak! I love you lah, Suresh! :DDD

Alang-alang aku cuti, aku ajak laa mama pergi beli kain kat Jakel Jalan TAR. Tak teringat pulak ene pun cuti. Cuti nak exam. Lalu dia pun sibuk nak ikut. Hehe.. pastu katanya nak bawak kitorang pergi tengok dewan sekali. Yeayyy!!! Finally, boleh tengok dewan.

Aku datang rumah ene then ene drive kereta aku. Plan mula-mula pergi Tupai-Tupai. Dah lama teringin nak bawak mama pergi makan kat Tupai-Tupai. Nak pergi sendiri macam tatau. Haha. Oh lupa pulak nak cakap.. aunty tiba-tiba cakap nak ikut sekali. Okay. Amik dia dulu kat opis pastu baru gerak Tupai-Tupai.

Lepas makan kat Tupai-Tupai, terus gerak ke dewa tercinta kami, Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid. Hehe. Dewan ni betul-betul terletak kat depan opis JKR kat KL. Dekat je dengan Padang Merbok dengan Lake Garden tu. Kira boleh laa buat post wedding photoshoot kat sana hahaha.

The Entrance

Kawasan Sekitarnya

Besar jugak dewannya. Bukan besar jugak, memang besar laa. Boleh muat 500 pax at one time. Besar tak besar laa kan. Cantik tau! Dewan JKR ni baru je renovate. Veri nice! Macam tau-tau je aku nak kawen kan. Ahaks!

Besar Tak? Besar Tak?

Boleh Muat 500 Pax in One Time

Mama Tengah BOrak Apa Entah Dengan ene

Masa Ni Atas Stage Nak Pergi Belakang

En. Saiful tu cakap, macam kitorang, majlis hari Ahad. So hari Sabtu petang pukul 6 tu dah boleh masuk. Sebenarnya hari Sabtu tu pun ada majlis jugak. Tapi, by right, by 6 tu diorang dah patut settle cabut pelamin apa semua dah. So, pukul 6 tu dah boleh start suruh diorang pasang pelamin aiiii yang rupa macam nak musnah tuh. Pukul 12midnight diorang kena tutup dewan. Kalau laa kata tak sempat pasang ke apa, memang kena resume esoknya. Ya Allah, kau permudahkanlah majlis aku. Amin.

So-Called Bilik Persalinan, Tapi Tak Bilik Sangat Laa.. Macam Ruang Legar Je

Ni Laa Encik Saiful Tu. Baik Orangnya :)

Haa.. Nanti Aku Berarak Dari Situ Ler.. Ekekeke

Deco Kat Atas Bumbung

Til We Meet Again Dear Dewan :)

Lepas tengok dewan tu, kitorang hantar laa aunty balik opis dia then terus bergerak ke Jalan TAR. Panas-panas tu kan. Fuhh. Tak pusing tempat lain, terus pergi Jakel. Aku jumpa jugak kaler peach kesayangankuuu. Dah lama aku dream nak pakai peach masa nikah. Hehe..

Aku beli 5 meter kain chiffon dengan 4 meter kain satin. Plannya aku nak buat empire line dress untuk nikah. Sweet tak aii? Ekeke.. Lepas tu nak pasang lace sket kat pinggang, bagi nampak ramping sket. :p Tapi design belum prepare betul-betul lagi. Kena discuss habis-habis dulu dengan my designer aka my dearest mama the actual design. Takpe, lama lagi. Banyak masa lagi.

Untuk ene pulak, kain baju melayu 4.5 meter. Harus lah kaler peach jugak. Kain dia cantik, tebal sket dari satin aku. Dan takde laa berkilat macam satin aku. Matte je. Dah dia nak gitu. Whatever makes you happy laa sayang.

Habis disitu, kitorang pergi pulak ke Bunga Riben kat sebelah Semua House. Aku nak cari renda untuk baju tunang aku tu haa.. Sebenarnya nak beli lace kat Jakel tadi. Super sweet lace tu! Tapi harganya pun sweet. RM130/meter. Haihss.. mahal sangat tu.. takpelaa.. beli renda pun cantik jugak. Dah letak beads, dah tak nampak pun. Bagi nak ada base je untuk jahit beads and pearls.

So, kat Bunga Riben tu, aku beli 1 1/2 meter renda untuk diletakkan kat baju tunang aku tu. Untuk baju nikah aku tak beli lagi. Simpan dulu idea-idea (sebenarnya ada plan nak beli lace tu jugak untuk nikah hahahha).

Tak Sabar Nak Jahit Beads & Pearls Kat Atas Dia! :p
Lepas settle kat Bunga Riben, masuklah pulak kat dalam Semua House nak cari selendang. Sebab kain nikah aku tu plain je. Nak letak atas dulang macam tak cantik pulak. Tu yang ingat nak tambah selendang tu. Selendang dah ada beads, kan. So, nampak laa cantik sket atas dulang. Tade laa kain plain je. ene pulak cakap, baik cari je terus alang-alang dah kat sini. Aik.. boleh pulak dia jalan-jalan kat Jalan TAR ni lama-lama. Ingatkan dah nak balik sangat dah :p

Ada laa jumpa-jumpa 2-3 helai yang berkenan. Tapi ene cakap tak cantik pulak. Sebab beads dia betul-betul kaler orange terang. Bukan kaler peach. Dia cakap kaler hindu. Hahaha.. ene.. ene.. Takpela, jauh lagi. Boleh pilih-pilih lagi. Nanti nak pergi Shah Alam laa pulak cari selendang.

Kitorang terus gerak balik Seri Kembangan dari Jalan TAR sebab ene cakap dia boleh balik dengan Syah. Syah datang Seri Kembangan jumpa Huda, so boleh pick up ene skali. Yeay.. ene drive us home! Sampai rumah around 6.00pm. ene masuk rumah dulu lepak-lepak. Kebetulan An buat roti sardin goreng. Langkah kanan laa dia. Banyak jugak dia makan, padahal tak suka sardin hehe.

Around 8.00pm, we left home then lepak kat Ani Sup Utara dengan Azila teman dia makan. Lepak-lepak sambil borak-borak kahwin sementara tunggu Syah sampai. Around 10.30pm baru kitorang gerak pulak ke McDonald's jumpa Syah. Dia pun dah ngantuk dah ehehe. Aku lagi laa.. dah menguap tak berhenti. Sampai rumah, terus gone.

Monday, 26 March 2012

Wedding Update: Merisik!

Busy gila weh hari ni! Dan penat juga! Ergh.

As agreed, family ene nak datang hari ni untuk merisik. Dah kenal pun merisik jugak ehehe.. bukan laa merisik sangat sebenarnya. More to kenal-kenal sesama family since both families tak pernah jumpa and berborak lagi, kan. So, ni laa masanya untuk mereka berjumpa dan berkenalan kerana anak-anak mereka yang besar panjang ni bakal berkahwin dan hidup happily ever after. Ahaks!

So, setelah rumah disugi, diberus, dipolish dan diclearkan (sumpah rasa macam nak raya), maka tibalah masanya untuk mereka datang. Around 1.30pm tu ene texted me saying diorang dah masuk kereta nak gerak dah. Aku yang mintak dia bagi cue kalau nak keluar rumah dah. Bukan apa, nak menggoreng sayur tu. Kalau goreng awal-awal, tak sedap pulak. Oh lupa nak cite pasal menu. Kitorang masak rendang ayam minang, sambal tumis udang, sayur campur broccoli dengan carrot and terung tempura. Sedap, kan? Mesti laa.

The moment they pulled into the driveway, aku jadik nervous gila. Haha.. menggigil tak ingat punya. Padahal bukan tak pernah jumpa, kan. Buhnguk laa iLa neh. Tapi aku buat cool je laa. Mama melayan diorang kat luar, aku dengan Effa dok settlekan apa-apa kat dapur laa. Angkat-angkat lauk apa semua. Sambil mengigil-gigil. Haha.

So, time diorang tengah makan tu, kami-kami perempuan semua dok la kat dapur buat-buat sibuk. Haha.. kelakar laa. Dah takde keja pun buat-buat ada kerja jugak. Lap sana.. lap sini ekekeke.. Effa pulak malu lebih dari yang nak dipetik. Haha.

Lepas makan tu bermula laa acara diskusi antara kedua familia tentang kedua-dua mempelai.. chewahhhh haahaha.. Sambil-sambil tu aku keluarkan dessertku yang telah dibuat beforehand oleh aku and Effa the night before. Sedapnya eggtart tu. Teringat-ingat! Mak ene pun ada bawak desert jugak. Fruit salad yang sangat cheesy. Sedap!

So, habis laa diorang cerita dari pelamin ke catering ke doorgift ke semua benda. Mak ene siap bawak strawberry jam yang teramatlah comelnya itu untuk tunjuk kat mama. Aku? Dok kat dapur hahaha.. Lama jugak laa diorang dok discuss. Sampai satu tahap tu, aku rasa macam pelik pulak aku dok kat dapur je tak buat apa-apa. Ya. Aku dah buat semua benda kat dapur tu. Habis polish semua dah, sampai dah takde menda nak polish hahaha. Lalu, aku pun beransur laa dengan segan silu dan tersipu-sipunya naik ke atas. Tak pandang siapa-siapa pun. Dah tak larat nak dok kat dapur tu. Naik je atas, terus baring atas katil Irfan. Best gila.

Setengah jam lepas tu, mama naik. Dia cakap mak ene panggil turun. Awatnya nih. Debar-debar aku. Rupanya nak ajak pergi pameran pengantin kat PICC. Haa? Weekend ni ada pameran pengantin ke? Apsal aku tak tau? Aku ingat aku yang paling hapdet sekali skang ni. Rupanya aku silap. Ergh. Sila baca lebih dalam di sini, sana, situ dan sonu. =DDD

Kitorang gerak asing sebab aku nak ajak mama. Saje je. Diorang ramai, takkan aku sorang je kan haha. Lagipun, takyah laa diorang hantar aku balik lagi. All and all, everything went well laa. Kitorang hop from satu booth ke satu booth. Highlight of the day adalag untuk mendari pelamin dan caterer. Dan yang paling best, semua booth yang kitorang pergi, semua ada food testing. Best gila! Dah laa aku memang tak makan lagi. Lapar kot! Semua booth aku makan. Sampai kena gelak dgn ene and mama. Diorang pakat gelakkan aku ramai-ramai. Cis. Sabar je laa.

Pusing punya pusing, jumpa laa satu caterer ni nama Mastar Catering. Kat luar je pun. Tapi bila dibanding-banding, ini yang paling murah. Tapi to me, the food wasn't so good kalau nak dicompare dengan Nurul Izzah. Nurul Izzah tu sedap gila kot! Sangat! Sangat! Tapi aunty berkenan Mastar, so ikutkan je laa. Pendekar Mustar pun Mustar laaa...

Lambat jugak laa kitorang balik. Dalam pukul 8.30pm tu baru gerak balik. If register, siap dapat doorgift yang berupa paperbag bercap Ekspo Perkahwinan anjurang Utusan Malaysia dan juga empat buah majalah. Tak ingat majalah apa. Mula-mula malas nak register, tapi dah mak ene suruh, belasah je laa..


Fuhh.. lega satu perkara. Hal merisik dah selesai.

Coming up: Tunang.

Sunday, 18 March 2012

Engagement Update: Cincin Risik & Tunang

Today is the day. The day which we finally bought my rings! Both rings! Risik and tunang. Hehehe.. Okay, baca.

I came to ene's house around noon. ene cakap datang pukul 1. Pukul 12.45 aku dah sampai ekeke.. gave a missed call to ene to tell him aku dah kat bawah. Tunggu 10 minutes. Text him telling him aku dah kat bawah. No reply. Called him to tell him aku dah kat bawah. No answer. What's happening here??? Dekat 3 kali aku call, baru dia sleeping. And his voice is as though he has been sleeping! Memang kena laa dengan aku, kan.

Marah punya marah, rupanya aunty pun takde. Keluar pergi spa. Elok ene bukak pintu, aunty pun sampai. Haish. Awalnya laa rupanya. So, kena laa masuk dulu. Aunty nak masak dulu katanya, okey. Mari menumbuk sambal hahaha.

Lepas makan, diorang siap-siap, then baru gerak. Aunty nak pergi Poh Kong yang kat The Mall tu. Dia kenal orang tu katanya. Boleh dapat murah. Tapi aku request nak singgah Habib, Ampang Point dulu. Tengah ada warehouse clearance sale. Harga emas skang RM190 kalau 916.

Masuk-masuk memang bersinar-sinar laa biji mata ni. Kiri kanan emas dan permata. Haish.. tak reti betul aku nak memilih. Tapi pilih laa jugak. As usual, memang aku pilih yang aku suka laa. Aku suka design yang unik-unik sebenarnya. Tak suka yang satu batu. Aku suka fancy. Baru laa muda sket eekeke.

Cincin yang aku suka dalam 1k plus. Hmm.. ene bisik kat aku, dia tak kisah berapa pun. Tapi kalau mahal sangat, nikah pun dia kena bagi cincin jugak laa. No gelang-gelang. But I desperately want a bracelet. Cincin dah banyak kot. Okay, kena budget-budget.

Dah puas tengok kat situ, kitorang pergi tengok kat Poh Kong The Mall pulak. Tak banyak choice. Tapi macam tak sempat nak pergi Habib balik. Sebab Habis tutup pukul 8. Hmm okay.. we have to make do of apa yang ada kat depan mata je.

So, akhirnya cincin aku dibeli kat Poh Kong, The Mall. Cincin risik emas kuning belah rotan. Cincin tunang emas putih batu satu. Boleh laa.. simple je pun. Tengah pikir nak upload gambar ke tak. Hahaha.. nak tengok ke? :p

Saturday, 17 March 2012

Dinner With Elis: Ole-Ole Bali

Keletihan dari berjalan-jalan di Jalan TAR tak habis lagi.. Dah kena siap-siap untuk berdinner pulak. Berdinner dengan my dearest Elis. Dah lama tak lepak dengan dia. She's crushed now. Kesian dia. Need to be there for her.

She picked me up at home around 8.00pm then pergi Pyramid. Kitorang makan kat Ole-Ole Bali since aku teringin sangat. Dah lama tak rasa makan kat sana. As usual aku order Ole-Ole Trio my favourite. Bukan tak nak order benda lain. Tapi yang ni macam dah complete semua benda hehe. Elis order nari campur. Bukan nasi campur biasa tau. nasi campur upscale punya hehehe..

Sambil Menunggu Makanan..

Us..

Baju Baju Okeh.. Tak Sabar-Sabar

Snap! Snap!

My Ole-Ole Trio: A Combination of Ole-Ole BBQ Wings, Sate Lilit and Cumi-Cumi Goreng, served with Sambel Matah, Sambel Terasi, and Tartar Sauce RM38.00

Dah Lama Tak Amik Gambar With Food!

Elis's Nasi Campur: A Combination of Balinese Grilled Lemongrass Prawns, Squid, Fish, Choice of Beef or Chicken Rendang, and Sate Lilit, served with Sauteed Kangkong, Sambel Terasi and Sambel Matah RM33.00

Yummehhh!

Okeh.. Sudah Kenyang.. Mari Balik!

Lepaking with her made me think of something. People come and go. Things changes. Time flies. Nothing is permanent. So, let's try not to put hope on anything too much or it'll crushed you to bits if it didn't turn out the way you wanted it to be.

Wedding Update: Fabrics For Pelamin

Beware, peeps. This will be a very long entry.

Memang dah plan seminggu ni dah nak pergi cari kain-kain untuk kahwin. Kain-kain untuk kahwin yang aku maksudkan adalah kain baju tunang aku, kain langsir bilik aku, kain cadar bilik aku, kain backdrop tunang aku, kain cushion kat pelamin aku, kain bulu untuk tutup stage aku dan bermacam-macam kain lain sampai aku pun lupa.

Destinasi kitorang (aku, mama dengan Irfan, sibuk pulak Irfan nak ikut) adalah tak lain tak bukan ke Jalan TAR. As usual, memang abah laa yang hantar kan. Tak rajin sangat nak drive masuk KL dan ke tempat-tempat camtu. Pencarian pertama kami adalah kain backdrop pelamin. Since hari tu dah survey-survey dah kat mana nak cari, kami pun terus laa menuju ke Cik Nagoya.

Kain Untuk Backdrop Pelamin RM3.00/meter

Aku beli kain ni murah je sebab nak pakai banyak kan. Tak ingat pulak nama kain ni. Tapi dia jenis yang bergetah sket ala-ala orang catering selalu buat alas meja tu. Macam-macam colour tau. Aku memang nak putih sebab untuk backdrop kan. Aku beli 15 meter semuanya sebab aku nak buat deko untuk tangga sekali.

Sebelah kain getah tu pulak ada bergulung-gulung kain satin. Bukan laa kain satin sebenarnya. Kain kilat je. Aku beli 2 meter kaler pink and 2 meter kaler purple. Yang ni untuk buat cushion kecik-kecik untuk dicampakkan kat tepi-tepi pelamin aku tu ha.

Kain Untuk Cushion Kecik-Kecik RM2.50/meter

Plannya nak buat 3 pink and 3 purple. Tapi tengok laa kalau cukup, memang nak buat lebih. Aku suggest kalau ada budget lebih, beli laa kain satin yang elok sket qualitynya. Sebab yang ni agak tak bape elok, banyak sangat bulu. Aku amik ni sebab nak budget. Hehe.

Altogether duit aku terbang RM55.00. Takpelaa, kot-kot An nak tunang nanti, bule laa pakai balik. Lepas settle bayar semua, baru teringat nak kena cari kain langsir untuk bilik aku pulak. Pusing punya pusing, terjumpa laa akan kami satu kain yang suci murni kalernya.

Kain Untuk Langsir Bilik RM4.00/meter

Suci Murni tak? Hehe. Yang ni aku beli 4 meter je. Untuk Langsir luar je. Langsir dalam yang nipis tu, aku pakai balik je. Takyah beli-beli. Saving. Untuk cadar pulak, aku ingat nak pakai kain lebih dari abang buat langsir dia je. Kaler gold-gol2 sket. Boleh saving lagi.

Ok Ke?

Lepas habis pusing Nagoya, kitorang ke Kambar pulak. Dekat-dekat je semuanya. Siap pergi singgah beli food tepi-tepi jalan tu. Best pulak tetiba rasa pergi Jalan TAR ni. Dulu tak suka haha. Tujuan kami ke Kamdar sebab nak cari kain bulu untuk tutup pelamin aku tu. Yang macam Kina beli tu. Cantik sangat. Katanya RM25 semeter kat Kamdar. Tapi dok cari-cari naik bertingkat-tingkat, takde pulak. Kaki dah sakit nih. Nyesal pakai pumps. Irfan dah buat muka boring. Padan muka. Sape suruh ikut. :p

Dok mencari-cari si kain bulu, terjumpa pulak kain lain. Satin untuk baju tunang aku. Hari tu beli chiffon dia je. Mama cakap takyah beli sating sebab dia nak pakai lining RM5/meter je. Tapi bila tengok-tengok kain lining tu, alamak.. cannot laa.. Chiffon tu dah cukup nipis.. lining RM5/meter tu pun lebih kurang nipis jugak. Cannot jadi man. Dah laa kain aku tu pink.. pastu palin pulak. Baru laa jadi wayang kulit kan haha.

So, aku pun beli laa kain satin tu. RM9.90. Elok jugak kainnya. Macam yang RM12.90/meter kat Maya Silkhouse tu. Aku tak bawak Chiffon aku tu. So main agak-agak je colour dia. Sekali balik-balik tengok, rupanya kaler dia sebijik! Hehe.. Terror gak aku cari kaler :p

Kain Untuk Lining Baju Tunang RM9.90/meter

Aku beli 3.5 meter je sebab mama cakap cukup je untuk aku. Sama kan dengan kain tunang aku? Hehe.. puas hati!

A Perfect Match, Don't You Think? :DDD

Abaikan segala kesemakan dibelakang itu. Itu adalah barang-barang tunang/ nikah/sanding/ hantaran/ bunga-bungaan dan juga stage pelamin. Nampak kayu tu? Haaa.. itu laa yang akan ditransform pada hari tunang nanti ekeke.. Tungguuuuuu...

Complete!

 Hasil dari shoppink hari ini... Fuhh.. semua nak kena jahit tu.. Sempat ke idak ntah..

Tadaaaa...

Dah selesai di situ, saje laa ajak mama naik atas tengok-tengok apa yang ada. Terjumpa pulak alas doily untuk letak kat cabinet tv kat rumah. Elok laa sket bertutup kan..

Sila Tengok Harga Dia :p

Irfan cakap buruk, sebab macam rumah dulu-dulu. Tapi kau beli jugak. Belasah laa.. murah kot! RM0.50 per piece! Hehe.. Aku beli 4 je.

Lepas settle semua kain-kain, kitorang pun duduk laa kat foodcourt Semua House tu melepaskan penat lelah. Irfan pulak lapar. Sambil tunggu dia makan sambil kitorang buat kira-kira dan memikirkan apa lagi yang patut dibeli.

Lepas Irfan habis makan, mama ajak kitorang pergi kedai carpet tu. At the same time boleh laa tunggu abah kat sana. Senang sket abah nak berhenti kan. Dah macam bangla dah aku rasa dok bawak plastik-plastik kain ni ke hulu ke hilir.

Banyak gila promotion carpet. Dan rupan-rupanya carpet ni takde laa mahal sangat (tak pernah beli carpet, gini laa ngopernyer). Aku budget carpet nak beli satu je. Sebab aku agak-agak harga satu dalam RM80-RM100. Rupa-rupanya boleh dapat lagi murah weh! Dok pusing-pusing, aku dapat carpet satu RM40! Murah kan?? Modern design pulak tu! Terus mama suruh angkat dua. 

Untuk Dining Room

Untuk Hall

Kitorang tunggu abah kat kedai tu jugak. Dah beli dua carpet, takkan laa takleh tumpang kan? Belasah abang bangla nih kang. Dalam dok nunggu tuh, ternampak satu carpet comel ni. Size dia sesuai benor ler kalau letak kat bilik aku. Hehehe.. sibok nak jugak :p Harga dia RM25. Tapi aku mintak RM20. Dah beli banyak, mesti laa dapat murah. So, aku habis kat carpet sahaja RM100. Berbaloi laa kan dapat2 carpet?

Untuk Bilik Comel Ku

On the way back, teringat pulak nak beli platemat. Lalu singgah laa kedai dekat-dekat dengan rumah tu. Dia ala-ala vintage sket. Murah pulak tu. Aku borong 8. Ada banyak design pulak tu. Geram. Platemat ni aku letak kat bawah cover plastik kat meja tu. So takde laa kotor.

Platemat RM2.90 Each
Okay.. nak rest jap. Jap lagi nak ngedet dengan Cik Elisa. Makaaaaan!

Friday, 16 March 2012

Amy's Bacherolette Dinner @ Taman Warisan, Putrajaya

Left office at about 6.00pm with Baya. Teman dia bakar macaroni kat rumah. Sambil belajar-belajar buat :p It was quite a simple process actually. Takde laa susah mana sebenarnya. Just that leceh sket sebab kena rebus macaroni, then buat gravy, then buat cheese sauce, then baru combine everything. Then pecahkan telur inside, then bakar. Should try it at home.

Sambil tunggu macaroni siap bakar, Baya went upstairs to take a bath then aku main dengan kucing dia. Yess.. she's got cats! Satu preggie mommy then anak dia jantan. Dah besar jugak. Tapi manja takleh blah. Rasa nak picit-picit je!

Yang Atas The Son, Yang Bawah The Preggie Mother





Malu-malu Nak Masuk Rumah.. Kekeke..

Budget Macho laa tuh

Buat Manja Mintak Dilayan


Macaroni siap bakar around 8.00pm. So, kitorang gerak dua kereta pergi sana since nak jumpa the girls kat Taman Warisan. Dah dekat sangat dengan rumah. Hawa, Eja and Amy pun sampai lebih kurang je time kitorang. Just nice. Sampai-sampai je terus order satay. Tak banyak pun since macaroni bakar dengan kek Baya buat sangat banyak.

Baked Cheese Macaroni. Sedappp!

Carrot Cake With Cream Cheese. Super Sedap!!!

Takde buat surprise apa pun untuk Amy. Just happy-happy, gelak-gelak, makan-makan and bahan-membahan hehe.. Seronok jugak laa.. Gelak tak berhenti. Amy pun happy. That's what most important, kan? :) Sorry laa Amy kitorang sakat-sakat Amy. Bila lagi nak sakat, kan. Lepas ni dah kawen dah tak best sangat nak sakat menyakat :p

Happy Dia Nak Kawen :p

Satay Samuri!

Us..

Leen datang lambat sangat. Around 10.30pm. Ada meeting dengan En. Razali. Sian dia. Sampai-sampai terus makan. Lapar sangat agaknya hehe.. banyak lagi food yang tinggal sebenarnya. Satay, macaroni, kek semua ada lagi. Tempat tu pukul 11.00pm dah clear. Tapi since tempat makan tu open air, so memang takleh nak tutup laa. Kitorang dok berborak sampai tak perasan meja lain semua dah kosong kekeke.. pukul 11.30pm baru gerak balik. Tuh pun, aku yang ingatkan, kita semua pompuan, so better make a move. Risau jugak tempat tu sunyi dah.

Tapi malam tu memang super kenyang. Of satay and baked macaroni and carrot cheese cake. Thanks alot, Baya kerana sanggup menyusahkan diri membuat benda-benda ni. And to Amy, semoga majlis berjalan lancar tanpa ada apa-apa gangguan dan semoga awak dengan Syedzul kekal hingga ke syurga. Aminn... :)

Wedding Update: Door Gift (Mini Strawberry Jam!)

ene's not working today. Haish. Boring laa kat opis hari ni takde sape nak chat with. Dah laa kat opis macam takde orang. Semua buat hal sendiri sebab boss cuti. Kat island aku ni, tinggal aku sorang je, boleh? Haha.. Aku je yang rajin dok kat meja ni mengadap pc. Apa yang aku buat pun aku tatau hahahahaa..

But he text-ed me just now. Semalam dia cakap dia nak pergi tengok dewan JKR tu dengan aunty. Tapi tak jadi pulak. Sebab mamanya malas nak keluar sebab panas. Hehe. Lawok. Tak sempat nak reply lagi, dia text lagi, mms this time. Gambar the strawberry jem yang katanya nak buat door gift for our wedding tu. Serious cute! Just like what I've been expected. Sorry gambar blur. Almaklum laa guna hp cabuk Si ene :p

Cumel, Kan? I'd Really Love to Have This For Our Wedding's Door Gift :)

Just found out that Syuk is getting engaged this April. Wahh.. diam-diam je dia hehe.. saje laa chat dengan dia tadi. Told him Ahad ni nak pergi beli cincin (excited kot!). Then dia cakap, dia pun pergi beli cincin jugak this weekend. Sabtu lagi. Haha.. that was when he told me this.


Macam tau-tau je kitorang sedang di dalam pencarian cincin, kan. Boleh pulak Habib buat sale skang. Hehe.. just nice. kitorang pun nak cari cincin this weekend. Sale pun only until this Sunday only. Nice. Kena bagitau ene ni. All the bride-to-bes out there. Jum jum kita meriahkan Habib ramai-ramai! Mari membeli cincin kahwin! :DDD

Tonight ada Amy's Horny Hens Party. Actually, takde laa party sangat pun. Nak buat party, tapi tak jadi party. More to bachelorette dinner. Okay laa jugak, kan hehe. Takde benda-benda mengarut. Cuma ada kek sponsor dari Baya (fruit cheese cake okayhh) and macaroni bakar juga dari Baya (tenkiu Baya, we love you!!) Hehe. Nak buat kat TGI, Alamanda pun tak jadi since banyak yang takde budget. So, last-last buat kat Taman Warisan je laa. Jadi laa.. yang penting, semua kawan-kawan hadir. :)

Baya, Awak Boleh Bukak Bakery Laa!

Thursday, 15 March 2012

Wedding Update: Cincin Risik, Tunang & Nikah!

Okay, I cheated. It rained really heavily this afternoon. Been contemplating wheather or not to go bootcamp. Macam hujan. Kang demam pulak. Entah-entah takde pun. So, I decided not to go. Tapi, macam nak puaskan hati nak tengok diroang still on ke tak. Aku pun pusing laa Academy. It was already 6.35pm. Alamak, ada laa itu Sergeant. Tapi kat padang takde orang pun. Tiba-tiba baru ternampak ada tiga orang berjalan to the field. Hahaha.. okay, tiga orang je takpe. Senang sket hati tak pergi today. Walaupun sebenarnya hujan dia dah agak berhenti gak laa. Yep, I cheated. For the first time. Takpe. Memang tak rasa nak pergi sangat pun today. Malas. Walaupun dah pakai tshirt bootcamp siap-siap dari rumah.

Lepas drop Eja kat rumah dia, Azila called me. Ajak minum. Been thinking mana nak pergi minum time hujan-hujan gini. Malasnya nak lepak mamak. Kembang. Since Azila wanted to drop by Jusco to go to the money exchange, we decided to lepak Jusco je. Aku pun nak pergi ATM and then nak pergi shopping toiletries kat Watson's. Bila dah lepak Jusco, mesti laa termakan sudahnya, kan. -__-

Dok contemplating nak makan Sushi King ke Kenny Roger's. Kalau ikut hati memang aku nak sushi je. Sedap kot. Tapi Azila macma nak Kenny, tapi dia pun tak kisah sangat sebab dia pun gila sushi. Pikir-pikir balik, let's just Kenny je laa.. takde laa makan nasi. (We've been watching our food intake since we both are getting engaged in May hehe).

Azila ordered a Classic Chicken Sandwich from the Healthy Bites section as she really wanted to avoid rice. Looks healthy in the menu. With wholemeal bread and romaine letture and a choice of one side dish, fruit salad or coleslaw. She opted for fruit salad. But, we completely forgot about the dressing in the sandwich. Bila gigit je into the sandwich, it was full with mayonnaise and dressing! Oh my god.. I don't know if I should complaint or otherwise. Cause it tasted so good. So creamy... Healthy bites laa sangat. -__-

Classic Chicken Sandwich RM7.50

To add on some food (tiga keping, share dua orang yang memang kuat makan mana cukup), I ordered the Round-up Platter from the All-Time Favourites section. It's a medley of three side dishes complemented with one Kenny's Home-made Muffin. Side dishes dia banyak. And delicious too. Kalau ikutkan aku, aku pilih all veggies je like garlic parsley potato, tomato cucumber and onion salad and coleslaw. Tapi Azila wanted coleslaw, macaroni and cheese and potato salad (please know that potato salads are waaaaayy creamier and more fattening than garlic parsley potato, see picture).


Round-Up Platter RM8.50


Take a look at our very creamy so-called diet. Hahaha.. ini laa jadinya kalau dua budak kuat makan konon-konon nak diet. Haih. Belasah je laa. If you're wondering why there are four side dishes, we switched the muffin for another side dish since konon-konon muffin is fattening. Tu yang dapat four side dishes altogether. We ordered tomato cucumber and onion salad. Tapi tiba-tiba diorang hantar mashed potato instead of that. So, bertambah laa satu lagi side dish haha.. talking about dieting laa sangat. Sudahnya ada enam side dishes altogether with the sandwich one. Haish.. kelakar laa.. Kenyang terus lepas makan tu.

After dinner, I wanted to go to Hinode Shop nak beli vase kaca yang tinggi tu untuk centerpiece, tiba-tiba Azila cakap takyah beli. Just guna dia punya je. Yeayy! Lebiu to bits! Then after that, kitorang saje laa nak gatal-gatal tengok cincin. Hehe.. saje je nak cuci mata, kan. Kan tak lama lagi nak beli cincin :p 

Masuk laa Poh Kong. Baik sangat amoi yang layan kitorang tu. Sabar je (walaupun dia tau budak dua ekor ni bukan nak membeli pun). Okay jugak harga-harga dia. Takde laa pecah kepala sangat. Tapi tak banyak choice sangat.

Lepas habis cuci mata, kitorang pun pergi laa ke Watson's. Toiletries aku dah habis dah semua. Shopping toiletries pun dah terbang RM90. Haihs. Bukan barang mahal-mahal pun -__-

Sampai rumah around 9.30pm. Kemas cage Owen, bagi Leo and Cleo makan ubat semua, around 10.30pm baru dapat rest. Then ene called.

Mula saje borak-borak gelak-gelak macam biasa. Nothing usual, nothing serious. Then suddenly he asked:

ene: Awak free tak Sunday?
Aku: Hmm.. nak menjahit kot.. Nape?
ene: Ingat nak ajak awak beli cincin Ahad ni. Sebab emas tengah murah

Aku dah rasa nak melonjak kegembiraan.

Dia cakap, aunty ada kenal this chinese guy yang kerja kat Poh Kong, The Mall tu. Dia kan kerja lama kat The Mall, kan. So, ingat nak pergi situ laa nanti hari Ahad. Hehe.. macam tak percaya. Baru je masuk Poh Kong tadi, tetiba ene jak pergi beli cincin pulak this Sunday. Betul ke ni? Betul laa. Hahaha gedix.

It's finally happening. I'm getting engaged. Serius rasa tak percaya. Before this, ene bagi cincin sebab dia nak propose. Ni nak beli cincin untuk risik, tunang and nikah pulak. Wah. Banyaknya cincin aku hahaha.. 

Alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...