The Entourage

Wednesday, 14 March 2012

Yoga: 6th Class


Bestnya kalau dapat join yoga class back-to-back macam hari ni dengan semalam. Rasa badan stretch je. Bangun tidur pun rasa sihat sangat. Seriously yoga really helps me a lot laa.

Siapa cakap exercise slow-slow ni tak mendatangkan hasil? Nampak tau. Peha aku dah terasa firm dia. baru berapa class je. All the stretching and holding tu buat build up muscles and shed off fat. Imagine yo have to do this one pose that requires you to squat and the bend. Hold that for 20 seconds. Then rest for five seconds. Then buat lagi. Tak ke building muscles namanya.

We learned a lot of new moves. Excited sangat bila dapat buat move baru. Rasa satu badan dah jadi flexible.

I just can't wait for the next yoga session (padahal fee bulan Mac pun tak terbayar lagi). ;p

Read this: Yoga Today.

Esok bootcamp. Nak pakai tshirt bootcamp terus dari rumah, boleh tak? Hooyahh!

Wedding Update: Door Gift (Cake in a Jar!)

Oh my god.. I've found something realllllyyy nice today. Was browsing through the internet looking for nothing, tiba-tiba terjumpa this.

Isn't it Lovely???

Cute sangat, kan? Aduhhh.. rasa macam nak buat tu je untuk doorgift reception nanti. Tapi of course it would be very costly. So cute but not cost efficient. Hmm.. kalau nak bagi door gift time nikah or tunang okay kot. Comel je, kan. Found this from My Baking Addiction. They're so murah hati to give the recipe as well. I definitely gonna try this. Kalau jadi, silap-silap aku buat untuk hantaran pulak hahaha.. (dah banyak sangat idea sampai tak tau nak bagi hantaran apa).

 Another recipe I've got from My Cakies. Yang ni pun dia bagi recipe sekali. Very nice. Suka betul laa blog walk kat blog-blog yang amik gambar pakai camera best. Cantik je gambar dia. ekekeke..

Love the Idea of the DIY Sticker tuu..


 I like the idea of putting a plastic spoon together with the jar. Sebab kadang-kadang benda-benda baru macam ni akan buat orang tertanya-tanya.. apa benda ni? cake ke? hah.. dalam botol? apa letak cake dalam botol? macam mana nak makan ni? (biasanya orang-orang tua laa yang suka berbunyi camtu. Kadang-kadang diorang takleh nak terima benda-benda baru macam ni. Rasa macam takleh nak masuk akal letak cake dalam botol, ye tak? So, dengan adanya sudu itu, makan akan terkuranglah ayat-ayat serta pertanyaan-pertanyaan yang berlegar di fikiran masing-masing. Ahaks!

Lagi satu gambar aku dapat dari my very favourite blog, Laura & Daddy. Tapi yang ni diorang tak ajar, diorang jual je. ekekekeke..

Price Unavailable Sebab Takut Nak Tanya :p

Selain dari Red Velvet, banyak jugak kek-kek lain yang diorang letak dalam jar. Very cute, I tell you! Ada rainbow cake, chocolate cake macam-macam lagi. Creative laa diorang nih. Geraaaam~

I'm Seeing Rainbow!

Got that from Babble. No recipe as they're using the instant cake mix. Easier, I guess.. but not suitable untuk buat banyak-banyak.. sebab mahal hahaha.

Here's an entry from Tablespoon. They blog about how they baked the rainbow cake together for their rainbow themed party. Check out the pics! It was so awesome. Bestnya kalau dapat join buat kek tu dengan diorang :(

Fluffy!  


Off The Meat Hook pun ada gambar yang ohsem jugak. Siap bagi tips-tips lagi untuk buat rainbow cake in a jar. Cute pulak tengok dia tulis sendiri sticker untuk letak kat jar lid tu hhehe..

Agak-agaknya Jar yang Jual kat Mesia ni Tahan ke Panas nak Masuk Dalam Oven? : |

Banyak lagi gambar aku nak share pasal cake in a jar, tapi dah malas nak copy paste gambar and link. Hehe.. Korang type je laa kat google images, confirm keluar banyak, then boelh pergi terus kat link gambar tu. Ada chocolate cake, ada strawberry cheese cake, ada red velvet nutella.. semuanya akan membuat anda kelaparan.

As for me, since aku dah biasa buat chocolate cake, aku rasa aku akan buat chocolate cake je laa kot. With peanut butter sauce in the middle and topped with chocolate ganache. Voila! So, takyah laa nak test-test apa lagi. Hehe. Oh one more thing, instead of jars, I'll be using the leftover mugs from abang's wedding as planned. Saving sket. Heheh..

Here's the ultimate link I wanted to share about 15 Dessert Recipes in a Jar. Enjoy! :DDD

Tuesday, 13 March 2012

Yoga: Replacement Class


Today got yoga class! Woot woooot! Best gila. Sebab apa? Sebab this week ada two sessions of yoga class back-to-back!

Sepatutnya takde. Tapi ada this one day our yogini had to miss one class. So, she owed us a replacement. So, replace laa today. Yeayy! And tomorrow is our normal session. So, ada dua session laa this week. Yeayy!

A lot of new poses taught today. Love every single of it! I really like the way our yogini teaches the asanas. She mixes the simple and hard poses so you don't really realize that you're actually already doing the advance asanas. Hehe.. And most of them, aku boleh buat! Without fail! :D

I was supposed to meet ene after work. So Sorry, ene.. I've to cancel detink sebab I'm so addicted to yoga now. Tamo marah. Next week kita detink, eh eh? I lub lub yuhh! :D


Pameran Pengantin Malaysia, April 2012


Hey fellow bride-to-bes! Great news! Kepada siapa-siapa yang nak kahwin this year dan masih belum buat segala macam preparation, dari pelamin ke attire ke catering ke deco (aku laa tu), sila lah berkunjung ke the next pameran pengantin!

Pameran Pengantin Malaysia 2012
Date: 6th - 8th April, 2012
Time: 10.00am - 9.00pm
Venue: PICC, Putrajaya
Free Entry!

Was browsing through the internet nak tengok bila the next pameran pengantin since we'll be starting to fix everything up after ene's family atang rumah. Sekarang bukan takleh, tapi saje je nak tunggu lepas parents jumpa parents, then only kitorang akan giat mencari semua benda. Since I'll be the one who will be choosing our pelamin, I'm super duper excited! Hehe.. maknanya, eventhough kitorang share reception, that doesn't mean aku takleh dapat pelamin yang aku nak :)

We had a talk about this. I told ene my worries. So, we decided to break things in portion. Meaning, I get to decided some and he gets to decide some. So, takyah laa semua benda nak tanya kata sepakat dari dua-dua belah pihak. Pening woo.. at first, aku risau sangat takut tak dapat pelamin yang aku nak. But I decided to tell ene what was on my mind and surprisingly ene terima dengan baik. Dia pulak yang lebih-lebih ajak bincang. Hehe.. So, since aku tergedik-gedik sangat nak pilih pelamin, aku amik portion mencari pelamin. Dan bila aku yang cari pelamin, akan termasuk laa portion mencari arch, walkway, deco-deco dan theme colour. Yiaaahuuu! And to be square, belah ene akan amik portion cari catering. Aku tak risau sangat. Catering yang penting kena sedap. Tuh je. Takkan laa dorang nak pilih yangtak sedap pulak, kan? :p

See.. siapa cakap kahwin share ni memeningkan? Kalau betul cara bincangnya, mesti okay je! Kedua-dua belah pihak should sit and discuss thoroughly about everything. Especially the bride and groom-to-be. Make everything clear. Jangan malu-malu untuk suarakan apa yang terbuku. Biar pihak sana tau apayang kita rasa tak kena. Then discuss. Tapi nak bagitau tu, elok-elok laa, kan. Jangan laa tiba-tiba melenting-lenting. Takut tak jadi kahwin je nanti kang.

Apa yang penting, kerjasama! :D

Sunday, 11 March 2012

Rass Deco Events & Catering, Rawang

I was supposed to be running this morning. For Brooks Half Marathon. Tapi oleh sebab tak cukup training, tak cukur tidur dan malas yang tak dapat nak dielakkan, aku masih lagi di atas katil pabila jam menunjukkan pukul9.30am. Haha.. dah laa ila. Takyah laa nak membazir duit nak masuk event-event dah. Kau dah tak rajin macam dulu. Kau dah busy nak kawen. Kau dah gemok. So takyah laa nak membazir register for events and ended up kau tak pergi. Lupakan je laa.

Walaupun aku tak pergi lari, tapi aku masih boleh berbangga dengan diri aku sendiri. Sebab dengan tak pergi lari, aku accomplish banyak benda hari ni.

Contohnya, aku dah berjaya hantar Owen pergi snip this morning. Vet busy, so dia mintak Owen tinggal kat clinic so that dia boleh snip Owen malam ni. Esok dah boleh amik, katanya. Kesian aku tengok Owen dok je dalam sangkar tu. Tak sampai hati aku. Sorry Owen.. aku terpaksa buat cani kat kau. Sebab aku tak nak kau sakit. Aku tak nak kau selalu-selalu gaduh lagi. Aku tak nak kau produce anak-anak kucing unwanted ke dunia ni. Kesian diorang. Last-last terbiar pastu mati akibat penyakit dan dibuang orang. Baik aku snip kau supaya kau pun sentiasa happy je tak murung-murung. :)

Bila Nak Angkat Je Masuk Cage, Mula Laa Dia Nak Melentok Liuk Atas Sofa. Mengade Betul!
Lepas hantar Owen pergi vet, aku ikut mama and abah pergi breakfast. Pakai baju kuning aku yang terbaru. ekeke. Pergi makan kat Puchong Prima. Best gila kedai makan dia. Banyak gila lauk. Banyak juga abang-abang polis muda yang mata keranjang. 

Lepas makan tu, kitorang pergi PJ. Abah nak tengok masjid yang dia berkenan tu untuk aku nikah kat situ. Kebetulan pulak memang ada majlis kat situ. Kitorang sampai dalam pukul 11am. Pengantin baru je sampai nak menikah. Kat bawah tu macam ada hall yang cantik. Dah siap semua untuk reception. Maknanya, lepas nikah, dia tukar baju, terus reception. Good idea jugak. Mama je masuk. Aku tak masuk pun, tak pakai tudung. Dia cakap cantik sangat pelaminnya.. settingnya. Orang tu siap ajak masuk nak tunjuk food. Mama siap amik pamphlet lagi. Nama wedding planner tu Rass Weddings. Orang Rawang. Memang pengantin hire dia untuk semua. Dari pelamin sampai laa ke catering. Check them out.

The price okay jugak. Tak mahal sangat. Very affordable.


So, siapa-siapa yang berminat boleh laa call diorang untuk pertanyaan lebih lanjut. Cantik pelamin-pelamin dia. Pakej pun harganya boleh tahan jugak. Happy hunting, peeps!

Balik tu, aku tolong mama menjahit (sembat je pun sebenarnya). Dia dah tak cukup tangan. Kena laa tolong. Takut kang barang-barang tunang aku tak siap pulak :p Baju pengapit untuk wedding Amy pun tak siap lagi ni.. tinggal seminggu je lagi.. adeh.. mama.. jangan buat lawak, please.. :(

Abang balik from Langkawi today. Dapat lagi fridge magnet baru dan kain batik! Yeay. Ahaha.. Tapi kain batik tu colour macam pelik sket. Pink and green. Cantik. Tapi macam kena cari kain yang lebih kurang colour tu jugak untuk buat baju. Very daring laa the colour ekekekeke..

Saturday, 10 March 2012

A Day of Vet, Salon, Wedding, Shopping & Celebration

Super duper tired today.

Banyak gila benda aku buat hari ni. Nak tau apa? Meh aku cite sket.

Pagi-pagi aku bangun lepas mandi and siap-siap, aku hantar Si Leo dan Cleo pergi vet. Diorang nampak sihat je sebenarnya.. main-main.. jumping onto each other.. running and chasing each other.. macam takde apa-apa. Tapi bila tengok backside diorang.. sangat-sangat laa watery. Pastu reddish. Sampai tak berani nak angkat peluk-peluk sebab tangan kena baju.

So, bila sampai kat vet, vet cakap diorang ni tengah diarrhea. Laa.. yeke.. korang makan apa ni? Ke sebab aku tukar makanan diorang? Haish.. dari satu.. satu problem korang ni tau. So, for both kittens, vet bagi anti-biotic dua kali sehari, Lysin (tak tau laa untuk apa. Kaler kuning sangat. Liquid) dengan ubat krim sapu kat backside untuk kurangkan bengkak). Altogether RM30 for both. Murah, kan?

Lepas hantar the kittens, aku balik and amik Owen pulak. Maklum laa cage cuma ada satu. Kalau bawak tiga-tiga sekali, kang bercekau pulak kat dalam tu. Owen takde problem apa-apa pun lepas aku bawak dia pegi vet untuk check kaki dia yang tempang tu. Cumanya, vet nak tengok the progress. Dia macam tak percaya bila aku cakap Owen dah boleh pakai kaki dia, cuma tempang sket. Sebab he was really confident yang Owen memang takleh baik sebab benda tu old injury. Vet was very satisfied with Owen's condition. Cuma dia tegur Owen banyak luka-luka. Owen suka gaduh. Selalu dengar bising-bising kat belakang. Haish.. Owen. So, vet adviced to neuter Owen so that dia jadi baik sket. Takde rasa nak defend territory dia sangat. Kalau tak kan takut macam-macam lagi penyakit datang. Isk. Duit lagi.

Jam dah pukul 12noon. Sempat ke tak aku pergi salon? Sempat kot. Aku pun pergi laa Satisfy hair salon yang biasa aku pergi tu. Nak treatment and trim. Lagipun aku suka dia cuci rambut. Siap urut. Tapi orang ramai pulak. So, kena tunggu sat. Sambil-sambil tu, aku main-main laa dengan anak kakak tu. Comel. Friendly sangat. 15 minutes lepas tu, baru dia layan aku. Tapi this time datang, tak best sangat. Orang ramai so dia cuci tak lama. Aduh. Rasa nak panggil balik suruh keruk lagi rambut aku. Tak puas! Bedal laa.. aku pun nak cepat. RM50 terbang.

Sibuk Nak Main Game Kat Handphone Orang Haha

Sibuk juga Mundar-Mandir Dengan Basikal Dia Mintak Orang Panggil Dia

Boring-boring Tengah Steam Rambut, Baca Women's Weekly. Okay, Dah Tau Price Range Tod's. ene, Mari Kita Lupakan Hasrat Nak Masuk Butik Dia

Dah settle tu, aku pun bergegas laa balik dan bersiap untuk wedding Najlaa. Banyaknya laa hai jemputan perkahwinan. Alhamdulillah. Azila dah on the way. Aku pakai yang simple je. Recycle baju pergi wedding Alun last week :p Mekap pun tak sangat. Nak pergi makan je. Dan jumpa kawan-kawan.

Sampai rumah Najlaa around 4pm. Lambat okeh. Takpe laa.. walaupun ada meja yang dah diangkat, tapi ada lagi meja yang belum diangkat. Tiba-tiba aku nampak Ros. Yayyy! Ada kawan. Hehe.. Nasib baik diorang tak balik lagi. Kalau tak, mesti bosan. Aku jumpa Najlaa dulu, amik gambar then baru pergi makan. Sedapnya makanan dia. Memang best sangat. Tengok-tengok bila nak lap mulut dengan tisu, rupanya cap Sri Angsana daaa.. Hahaha.. patut laa sedap. So, dah sah laa Sri Angsana memang sodaaap! Kena bagitau ene nih.

Lepas salam-salam and peluk-peluk, kami pun bergegas laa ke The Curve. Saje je nak celebrate birthday Azila. Cian dia boypreng jauh. Ajak laa Alin sekali. Aku nak lepak kat Winter Warmers, Alin nak lepak kat The Garden, Azila nak lepak kat The Apartment. Okay, ikut birthday girl. Nasib baik laa pergi Apartment. Rupanya from 3pm-6pm ada promo. Beli dessert, dapat complimentary coffee and tea. Yippeee! Azila order red velvet cake with tea. Aku order baked chocolate pudding with iced coffee. Alin order iced chocolate je.

Our Variety Drinks

Sampai-sampai je food kitorang, terkejut tengok red velvet dia. Besar! Tebal! Layer-layer cream cheese dia ala-ala memang nak buat aku naik 12kg. Chocolate pudding dia pulak served warm. Chocolate lava kat dalam dia bisa buat orang termimpi-mimpi. Atas pulak ada chocolate sauce. Oh and served with vanilla ice cream! To die for! Haish. Makan je. Takyah pikir berat yang bakal bertambah.

Red Velvet's Signature Cake RM14.90

Baked Chocolate Pudding RM15.90

The Two Devilish Guests For Today

Us..

Kitorang lepak about two hours je then Alin dah kena gerak balik nak teman mummy dia pergi rumah aunty dia. So, kitorang pergi laa jalan-jalan kat The Curve sambil nak gi amik race kit Brooks Half Marathon aku (masa ni dah tau dah memang aku tak lari esok hahaha). Aku cuma dapat bib number je. Vest tak dapat sebab dah habis. Dah pukul 8pm pun masa tu. So, dia cakap kena register tulis nama and address then diorang akan courier kat kita. Boleh laa.. dah bayar dah pun, kan. Layankan aje.

Lepas amik race kit tu, kitorang pun merayau-rayau laa ke sana ke mari.. saje jalan pusing-pusing.. masuk nichii, masuk kitschen. Sudahnya terbeli dua skinny jeans dan dua top. Terbang RM200 : |

Good Stuff Inside

Skinny Jeans RM69.90 each or RM89.00 For Two. Amik Dua Sudah.

Top RM59.90

Then, jalan-jalan kat bazaar kat bawah tu ternampak laa this one top. Cantik. Macam-macam kaler ada. Azila beli satu, aku beli satu. Another RM35 gone with the wind. Bravo iLa.

Top RM40 each or RM70 For Two

Jangan tak caya, satu hari kitorang berjalan dengan baju kurung tau. Bawak je baju extra, tapi malas nak tukar hahahaa..

Thursday, 8 March 2012

Original Bootcamp: 6th Session (Let's Play Game!)

Of all the session we've been through, I love this one the most. It's still as tough as last week but with a hint of fun. Most of the time we were doing workouts in teams while playing games. It was really fun, I tell you!

Most of the time, we were divided in two big groups. About 15 people per group. The first game was a four lines workout. We had to do four lines of workout and we had to grab the mock rifles and sandbags from our opponent's store and put it in our store. Same goes to the opponent. The team which has more items, wins. And we won! :p

Second workout was to move a sandbag while doing push-up hold. We had to queue while doing push-up hold and move the sandbag below our tummy until the sandbag reach the end. And we won again!

I can't wait to see what's in store for us this week. Hooyaahhh!

Engagement Update: Dining Set Done!

Remember I told you about the marbled-top dining set berharga RM799 yang aku beli tu? Dia sampai hari ni!

While I was in the office, I got a call from someone (I assumed he was the lorry driver) saying nak hantar furniture. Yeayy! Fuhh.. settle jugak akhirnya hal furniture rumah aku. Masa kat opis tadi sangat tak sabar nak balik rumah tengok meja tu.

Balik-balik je Irfan dah rasmikan meja tu :| Dah penuh dengan barang dia. Nak amik gambar, terpaksa laa kuak semua barang dia letak bawah. Yess.. itu adalah barang dia di atas lantai. Kutip sendiri. Muahahaha!

Nice, Kan? :p

Okay! Tinggalkan spring cleaning the whole house and I'm ready for the merisik!

Tuesday, 6 March 2012

Yoga: 4th Class


This week's yoga hari Selasa. Boleh pulak aku tak dapat text from our yogini. Nasib baik laa aku memang dah standby semua barang dalam kereta. Dah macam store dah kereta comel aku tu. Dengan running gearnya.. dengan yoga gearnya.. nasib baik climbing dah stop kejap. Kalau tak, tambah lagi satu gear untuk disemakkan dalam kereta. 
 
Tak pernah rasa tak best everytime yoga session. Everytime tu jugak laa aku memang tak sabar menunggu. Dah laa last week takde yoga. This week aku buat sehabis baik. ekekeke..

Tapi memang everytime yoga session, aku memang try my very best untuk ikut semua pose. Dah laa buat seminggu sekali. Nak buat sorang-sorang kat rumah tu.. bukannya takleh.. tapi malas tak best. Ramai-ramai kat kelas sangat best. Tengok perangai masing-masing hahaha..

Habis class around 8.00pm, bergegas aku hantar Ajis balik sebab nak rush balik rumah. ene datang malam ni. Nak detink. Dah lama tak jumpa, katanya. Memang pun. Lama gila tak jumpa. Dua minggu, ada kot (lama ke tu?).

We had a long talk about our wedding and stuff. Banyak benda nak discuss. Dah lama jugak sebenarnya tak cite-cite pasal kawen. Dia ajak discuss about my worries about our reception. Maklum laa, kitorang buat recetion share, so banyak benda yang aku risaukan. Aku pun masa tu cite laa suma, dah dapat peluang, kan? Bila lagi. Kata nak hidup sama-sama. Kena laa come clean about everything. Alhamdulillah, dia terima dengan baik.

Ada lagi sebenarnya benda yang aku nak discuss panjang dengan dia. Tapi, next time laa. Biar dia clearkan benda-benda yang memang dah pending ni dulu.. Kang migrain pulak :p

Sunday, 4 March 2012

Alun's Wedding @ Dewan MBSA, Shah Alam

Hari ni ada dua pameran pengantin. Dasat sungguh orang sekarang ni. Kalau dulu, pameran pengantin cuma setahun sekali. Sekarang ni every month ada pameran pengantin. Elok jugak macam tu. Senang bakal-bakal pengantin mencari item-item yang belum cukup lagi. Kadang-kadang dok tengok-tengok kat internet, tak puas. Kena tengok and pegang sendiri benda-benda yang kita nak tu. So, dengan adanya pameran-pameran pengantin camni selalu, senang laa untuk kami-kami yang nak kaweng nih. Ekeke..


Yang ni adalah Festival Kerja Kahwin Ke-5 kat Plaza Alam Sentral, Shah Alam sana nun. Last day pulak hari ni. Memang tak sempat laa nak pergi, kan?


Yang ni pulak Festival Pengantin Malaysia 2012 kat Aeon AU2, Setiawangsa. Semuanya jauh-jauh dari tempat aku hahaha.. Last day jugak. Haih.. takpelaa. Dua-dua tak dapat pergi sekarang pun takpe. Nanti-nanti mesti ada lagi, kan? Aku nak kahwin January 2013 kot. Banyak lagi masa. Mintak-mintak dipanjangkan umur, Amin..

Hari ni aku pergi Shah Alam sebenarnya. Alun's wedding. Budak sekolah aku dulu. Kat Wisma MBSA. Sebelah je dengan Alam Sentral tu hehe.. Cantik betul wedding dia. Beriya dia buat semua benda. Dari pelamin sampai laa ke door gift. Semua cantik. Dan mahal. Food dia pun sangat laa sedap gila. Aku tak bertambah nasi, tapi time amik yang first tu pun, dah berbukit laa lauk-pauk aku :p Thanks for inviting, Alun!

The Newly Wed Couple and Their Bridesmaids/Bestmen

Aku tak sempat pun amik gambar dengan pengantin. Bukannya tak nak. Tapi tak sesuai. Masa dan ketikanya. Meja makan diorang tinggi. So, kena ada orang pergi bawah pulak untuk amik gambar aku. Susah pulak. So, gambar ni curi dari facebook Meiza. ekekekek.. Jangan marah, kak!

The Bridesmaids & The Not Bridesmaid

Boleh pulak laa kan baju diorang lebih kurang colour baju aku ahahah... lawak laa.. bukan lebih kurang. memang sama. Pink dia tone yang sama. Hot pink sket, light pink sket, putih-putih sket. Design je lain. Ahahaha..

Door gift dia ada dua jenis. Satu yang biasa, satu lagi yang VVIP punya. Aku dapat dua-dua muahahahhaa.. tengkiu, Meiza. Door gift sangat-sangat cantik. Yang biasa punya, kotak dalam dia ada kek gulung yang sodap. Yang VVIP punya ada macam-macam! Ada chocolate chip cookies yang lazat, ada chocolate-chocolate yang menggumukkan dan towel. Sooooo cumelllll!!

Congrats, Alun. Semoga kekal hingga ke syurga! Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...