The Entourage

Friday, 6 April 2012

Review: Pameran Pengantin Malaysia 2012, PICC, Putrajaya

The Pass

As promised, ene teman aku pergi pameran pengantin kat PICC, Putrajaya petang tadi. Ni kali kedua aku pergi PICC untuk pameran pengantin. The first time was to model some wedding dresses from Syikin Kadir to be presented to all the bride-to-bes. And now, me being here for the second time is to be the bride herself :)

Kebetulan pulak ene ada meeting kat Cyberjaya, so dia pun ikut teman sekali. Plannya nak ajak Azila teman, but she's having pilates class today. Lambat sangat pulak. Nasib ene ada. So, I went straight to PICC after office (siap tak carpool sebab nak balik awal hehe) and told ene to meet me there.

Sampai-sampai je aku dah atur strategy dah. Aku tak nak tengok benda lain. Only PELAMIN. Aku memang kalau boleh nak dapatkan yang berkenan dihati petang ni jugak. At least kalau dah ada satu yang berkenan, esok pergi PWTC tinggal nak compare je. Orang takde laa ramai sangat. Mungkin sebab hari Jumaat kan. Esok confirm ramai.

My choice of pelamin is the vintage frame tu laa. I want it to be 3 panels with all-white bouquets. Pernah tengok tak? One of them yang aku suka gila is this one (tapi lari budget) :(

Super gorgeous, kan? From FL-Adore :((((

Since dah tak mampu nak amik yang ni, aku plan nak cari other bridal yang ada this kinda frames then aku nak design pelamin sendiri. Banyak jugak booth yang aku singgah tadi, Tapi aku cerita yang sini yang significant je laa eh. Kang berjela-jela sangat pulak. The first wedding planner aku singgah tadi was Sia Rafflesia. Sia is the girl attended us. She's really pretty. Dia ada pelamin yang aku nak, altogether RM3,800 (Pelamin 3-panel, welcome arch, walkway 6 units, accesories pelamin). Ada jugak dia offer package-package dia. Sekali dengan baju apa semua. But, I'm not that comfortable nak lock baju without trying it on in front of the mirror first. Bahaya wooooo!

Ni Price List Dia

Okay, jum jalan lagi.

Aku cuma berhenti kat booth yang display vintage frame tuh je. Yang tak display, aku tak berhenti tanya pun. Sebab malas hehe. Setelah berhenti dah bertanya kat 2-3 booth lagi, aku terjumpa laa satu booth yang sangat cantik dia deco vintage frame tu. Namanya Quntum Chantek. Sweet kan nama dia? Hehe.. akak Intan tu pun baik. Melayan satu persatu pertanyaan aku. Aku suka sangat pelamin dia. Bunga-bunganya sangat robust. Penuh! Macam kebun bunga.

Dia offer aku package. Tapi aku tak nak. So, dia pecah-pecahkan laa price tu. Ni yang dia quote kat aku:

Pelamin vintage frame 3-panel (Pelamin Ari dia panggil) RM2,800
Red carpet                                                                RM  200
Walkway 8 units                                                        RM  480
Free tempat merenjis & welcome arch

Altogether RM3,480. Murah, kan? Still dalam range RM3,500. Hehe.. ene tak kisah. Dia okay je as long as still dalam price range. So far, aku sangat laa berkenan yang ni. Tapi still aku nak tengok-tengok jugak esok kat PWTC. Mungkin ada yang lagi cantik dan murah kan.

Dalam pada tu, kitorang pusing-pusing jugak kat booth kad kahwin. Since yang tu memang belum start apa-apa lagi, kan. Tapi just tengok-tengok harga je dulu. Tak tanya betul-betul pun lagi. Tu lambat sikit pun takpe. 

Dah habis tu, we had dinner kat Padi, Cyberjaya. Aku yang suggest situ sebab dah lama sangat tak makan sweet & sour fish dia. Sedap woo.. Kuah dia banyak gila dia bagi. Sampai tak habis hahaha.. ene tak makan apa-apa. Sekadar meneman sebab dia nak main futsal later at 10pm. Haish lapar dah cerita pasal makan. Okay bye!

Sweet & Sour Fish with Rice RM11.90

Pengantin, Kahwin & Kerja Kahwin

Wahai Bride-To-Be sekalian!!!

Hear Ye! Hear Ye!

Festival Pengantin Malaysia 2012 @ PWTC

Pameran Pengantin Malaysia 2012 @ PICC

Ekspo Perkahwinan Malaysia 2012 @ Sunway Putra Mall (The Mall)

Festival Kerja Kahwin Ke-6 @ Ampang Point Shopping Centre

Malaysia Wedding Festival 2012 @ Shah Alam Convention Centre (SACC)

As you all may already know, minggu ni ada pameran pengantin. Bukan satu, tapi LIMA pameran pengantin! Dasat wooo skang.. Macam tiap-tiap bulan je ada pameran pengantin. Senang sangat nak pergi skang ni. Kalau dulu asik miss je. Skang ni, kalau miss bulan ni, tak heran pun.. bulan depan pun mesti ada lagi.

Untuk siapa-siapa yang nak kahwin dan tak pilih-pilih lagi item-item penting berkaitan perkahwinan, senang laa. Boleh cari semua kat sini. Kalau tak jumpa yang cantik bulan ni, bulan-bulan depan mesti ada lagi. So, boleh cari lagi. Untuk yang memang dah fixated on some items, bulan-bulan depan kalau ada lagi pameran, still boleh pergi jenguk lagi. Cuci-cuti mata, cari fresh idea. Bagi pening itu kepala, bagi berkecamuk itu minda memilih hahaha..

But what worries me is that.. kalau dah selalu sangat ada pameran pengantin macam ni, betul ke semua benda akan jadi murah dan berbaloi? Sebab as far as I know, zaman awal-awal kemunculan pameran pengantin, ia adalah untuk menggabungkan semua bridal house, wedding planner, catering, photographer, kad-kad kahwin dan macam-macam lagi under one roof untuk menyenangkan bakal-bakal pengantin mencari apa yang diperlukan untuk hari bahagia mereka. Dan masa ni lah jugak, semua peniaga-peniaga kan menurunkan harga untuk compete with each other.

Tapi bila dah selalu sangat, boleh ke diorang turunkan harga selalu-selalu macam tu? Or sebenarnya, they jack up the price, then turunkan harga jadi harga biasa as marketing strategy? From my point of view, sebenarnya, kita masih boleh jumpa harga-harga yang berpatutan kalau kita rajin walk in ke bridal houses. Aku pergi jugak pameran-pameran macam ni. Tapi as the same time, aku buat jugak appointment-appointment kat luar (tamak, kan?) Aku rasa dengan cara tu je kita boleh jumpa yang betul-betul cantik and suits our budget. Jangan terlalu depending on the pamerans. (Tapiiii.. aku still akan pergi dua-dua!) :p

Apa-apa pun, I wish you all good luck dalam mencari item kesukaan korang, k! Jum redah pameran pengantin! And all the best! :D

Wednesday, 4 April 2012

Kiss & Make Up (Peribahasa je laa) :p


He asked me out on a date. A makan-makan date. A Subway date.

On a non-futsal day? Coming here just nak makan je? Rajinnya. Pelik.

I said yes. Even though I have a yoga class today. Kinda missed him but still a little mad at him. Of whatsoever reasons.

And I think he knew.

He picked me up at 8.00pm. He came an half hour early and had to wait while I'm getting ready.

Dia tak marah pun kena tunggu :p

Didn't talk much along the way to Subway.

Didn't talk at all while having my delicious Subway. Merajuk, merajuk jugak. Makan kena jugak. Kang lapar :p

Didn't talk again while we were having our coffee at Pak Ali.

And all those while I can see him staring at me as though was thinking hard of how to say it.

And then he said it.

He was sorry.. and never meant to hurt my feelings.

:)

Sunday, 1 April 2012

Reception Update: Nur Qisha Bridal Boutique

This was our last stop after Andaman Kasihku. And the longest one.

Akak yang layan kitorang tu sangatlah baik. Dan sangat cantik! Tanya-tanya pasal pelamin, pelamin dia biasa-biasa je, nothing grand about it. Tapi package dia super murah! Pastu pelamin roman curve tuh pun ada. Package dia ada banyak. Tapi yang aku minat seperti di bawah:

Package C Sanding + Nikah Dewan (RM4,000.00)
1 Set Pelamin 3 Panel - Aku tanya kalau 5 panel berapa. Dia kata dia bagi je laa aku sama harga. Aku terkejut gila!
1 Set Aksesori Pelamin
1 Set Flower Arch
1 Set Walkway (6 Units)
Sepasang Baju Sanding L+P
Sepasang Baju Nikah L+P
Full Accesories
2x Makeup (Nikah + Sanding)
Bantal nikah, Alat Merenjis, Payung & Kipas.
Free: Bunga Tangan - Aku tanya kalau fresh flower lain harga ke? Dia cakap, boleh laa dia bagi free jugak. Baiknya laa akak ni!

Since aku ada plan nak buat baju sendiri, aku pun tanya laa kalau nak amik pelamin sahaja berapa. Dia cakap RM2,200.00. Aku sangatlah terkejut! Murah gila, kan? Akak ni, betul laa meniaga cara halal. Suka sangat dengan akak ni. Kak Balqisha namanya. Memang owner kedai.

So, dah settle discuss semua, aku saja laa tengok-tengok baju dia. Dia siap offer suruh try tu! Kedai lain haram takleh nak try. Aku pun apa lagi. Try laa 2-3 baju. Okay jugak baju-baju dia. Tapi kena discuss lagi dengan ene.

Soft Pink. Lawa Tau!

Kepada siapa-siapa yang minat nak amik Nur Qisha Bridal ni, boleh laa call Kak Sya (0126808045) atau Ida (0122769660). Ida ni pembantu dia. Elok call Kak Sya ni terus. Boleh discuss panjang lebar. Dia pun jenis yang tak rigid sangat. Boleh ikut budget kita. Or boleh jugak datang terus kat Butik. Alamat dia:

Nur Qisha Bridal Boutique
No. 18-1, First Floor, Jalan Prima SG-1,
Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operati: Selasa - Ahad (11.00am - 7.30pm)
Tutup hari Isnin

Reception Update: Andaman Kasihku

Keluar je dari kedai bunga Kasih Koo tuh.. dah ready nak masuk kereta, tiba-tiba ternampak kat sebelah kedai tu ada pintu naik tulis Bridal Gallery. Laaa.. rupanya ada butik jugak si Kasih Koo ni. Dasat woo.. Lalu, tak jadi masuk kereta, terus naik atas tengok-tengok. Biasa-biasa je laa butik dia. Harga pun okay. Tapi biasa-biasa sangat. Baju pun biasa-biasa sangat.

So far yang aku minat takde. Tapi roman curve tuh pun boooleeeyyyyy laa. Dia bagi aku RM3,500.00 including these:
Pelamin 3 Panel
1x Make Up
1x Baju Pengantin (L+P)
Red Carpet
1 Set Walkway (6 Units)
Hiasan Makan Beradap (Fresh Flowers)
1 Set Aksesori Pelamin
Alat Merenjis
FREE: Facial Treatment

So-so sangat ler.. lalu aku pun keluar dan mencari tempat lain.

Next Stop: Nur Qisha Bridal Boutique

Engagement Update: Kasih Koo

Lepas keluar dari Lavender Handicraft, kami berjalan lagi. Kesian Azila dah nampak penat sangat. Takpela, sekali sekala aku dera ko. Ko kan sayang aku. :D

Pusing punya pusing, jumpa laa satu kedai craft dan bunga-bunga lagi. Nama dia Kasih Koo. Kedai cina kot.. Seperti biasa laa.. kedai craft penuh dengan bunga dan barang-barang kahwin. Saje laa pusing kot-kot ada yang cantik. Sekali aku terpandang setangkai bunga ni. Bunga yang berjenis-jenis dalam setangkai. Pink and putih. Cantik! Dah elok tergubah cuma tinggal cucuk je kat pasu. Jambangan dia pun besar. Bukan kecik-kecik macma kedai lain. Memang kalau letak kat dalam pasu dah cantik dah takyah tambah bunga lain. Tanya akak tu harga dia amat memeranjatkan. RM28.00 setangkai. Murah! Kalau nak compare beli bunga macam-macam then baru nak gubah, rasa dah lebih dari RM28.00 dah tau. Lalu aku terus grab dua. Settle masalah nak cari bunga untuk kiri kanan pelamin. Pheww!

Pre-arranged Mixed Flower Bouquet RM28.00 Each

Cantik, Kan? Ada 4 -5 Jenis Dalam Satu Bouquet Tau :)

 Pastu ternampak pulak ada flower balls ala-ala yang aku nak beli kat Yen Riben, Jalan TAR hari tu. Kat Yen Riben RM12.90. Kat sini RM10.00 sahaja! Waahhh.. bagus laa kat sini. Tak sangka boleh dapat murah macam ni. Dah save banyak kat situ. Aku amik 3 ketui je dulu. Sebab takut bazir pulak. Kalau tak cukup nanti, baru laa beli lagi.

Pomander Flowers RM10.00 Each
Last sekali aku nampak riben purple. Riben purple ni untuk aku ikat kat pasu untuk centerpieces meja nanti. Saje amik kaler purple sebab alas meja, riben kerusi dengan bunga ros kat dalam pasu tu kaler pink. So, saje laa nak contrast kan sket letak kaler purple. Sweet lah konon. So, riben purple ni harga dia RM4.20. Sebenarnya kat kedai lain RM3.90. Tapi dah malas nak pusing-pusing balik. Belasah je laa beli kat sini. Barang lain pun dah murah. Altogether aku terbang RM90.00. Tapi aku cukup puas hati! :p

Purple Sebenarnya Ni.. Nampak Macam Pink, Kan?
Next Stop: Andaman Kasihku

Engagement Update: Lavender Handicraft

Lepas turun dari kedai Dina Halim, kat tepi je kedai tu ada kedai bunga lagi. Terpanggil pulak untuk masuk. Lavender Handicraft namanya. Takde link pulak. Mungkin diorang ni tak pakai facebook kot ekeke.

Banyak benda menarik kat situ. Paling aku tertarik tengok bunga-bunga dia. Tak prnah lagi laa aku jumpa bunga artificial yang dah digubah bercampur-campur bunga. selalu setangkai yang diorang jual tu, semua dari jenis bunga yang sama, kan? Kat sini, dah siap gubah berjenis-jenis bunga dalam setangkai. Dalam setangkai tu ada laa 2-3 jenis bunga. So cantik! Tapi tak beli pun. Sebab nak tengok kedai-kedai lain dulu kot-kot ada lagi yang menarik.

Tiba-tiba aku terpandang deco kat dalam kedai dia tu. Diorang gantung-gantung flower balls guna manik-manik yang ala-ala pearls tu. So sweet! Terus dapat idea untuk ganti batu-batu kristal kepada pearls. Murah pulak tu. Batu-batu kristal tu harga dia RM8.00/semeter. Pearls ni pulak RM1.80/semeter. Altogether RM9.00 only. Saving banyak di situ! Dah laa lagi sweet dari batu kristal. Hehe.. terus aku borong 5 meter. Puas hati aku. Settle satu problem!

Pearls RM8.00 Per Meter
Next Stop: Kasih Koo

Reception Update: Dina Halim Bridal Boutique

Lepas settle sesi lawat-melawat D' Ratu Bridal Gallery, kitorang pun bergerak laa ke next destination kami. Dah lama nampak Dina Halim Bridal Boutique setiap kali on the way nak keluar dari Sri Gombak. Tapi tak singgah-singgah pun. This time aku nekad nak singgah, walaupun lebih kurang dah tau dah harga dia macam mana. Hehe.. terover budget sket laa kalau aku amik kat Dina Halim. Cantik-cantik pelamin dia. Tapi tak mampu sangat. Hehee..

Ada dua pelamin kat Dina Halim ni yang menawan hati aku. Satu nama dia Pelamin Pelangi Cinta. Satu lagi Pelamin Tru Blue. Pelangi Cinta ni dia bulat-bulat. Tru Blue pulak dia ala-ala Taj Mahal sket. Cantik! Tapi dua-dua tak berapa nak serasi sangat dengan budget aku haha.

Pelamin Tru Blue 5 Panels

Pelamin Pelangi Cinta 3 Panels

 PACKAGE SANDING (RM6,250.00)
Bunga Tangan (Fresh Flowers)
Pelamin Sanding 3 Panel
Tempat Merenjis
2x Payung
1 Set Walkway (8 Units)
1 Arch
Red Carpet
Hmm.. okay laa.. tak nak cakap banyak lagi.. jum cari kedai lain.. Tapi memang tak dinapikan laa rekaan Dina Halim memang sangat cantik. Siapa-siapa yang berminat, silalah tengok di blog, official dan juga private accout facebook Dina Halim ye. :)



Reception Update: D' Ratu Bridal Gallery

Lepas habis pusing kat Lovely Place Wedding, kitorang pun berjalan laa nak pergi tempat lain. Dekat-dekat situ kitorang ada nampak D'Ratu Bridal Gallery besar terpampang dari tempat kitorang berdiri tu. Sampai-sampai je, tanya pelamin dulu walaupun sebenarnya dah terpana dengan collection baju-baju diorang yang bersusun kat tepi dinding tu. Price dia okay jugak. Pelamin yang aku nak nama dia Ovulista Vantage macam kat bawah ni:

Grande Sungguh, Kan?

Yang Ni Sweet, Kan?


Harga okay jugak kalau amik package. Kalau amik pelamin sahaja terus jadik mahal. Meh aku list down sket setakat perbincangan aku dengan Kak Faezah tuh semalam.

FAIRYTALE FANTASY PACKAGE (RM6,590.00)
Sepasang Busana Sanding Ekslusif VIP (L+P) - Yang ni kira koleksi diorang yang paling mahal laa..
Sepasang Busana Pengapit (P sahaja) - Grand tak grand laa.. pengapit siap dapat baju jugak tau uolls. Pengapit lelaki cari sendiri
Sepasang Busana Gaun and Tuxedo (L+P) - Kot-kot nak tukar baju untuk potong kek. Ala-ala english gittew
1 Makeup Session (Sanding)
1 Set Aksesori Lelaki (Sampin, Tanjak, Bengkung, Keris, Kerongsang & Dokoh)
1 Set Aksesori Perempuan (Tudung, Selendang, Veil, Crown & Kasut)
1 Set Pelamin Dewan Eksklusif (Backdrop, Kereta Roda Fairytale)
1 Set Aksesori Dekorasi Pelamin (6 Unit Walkway, Red Carpet 60ft. & Arch Pagola Eksklusif)
PERCUMA: Bunga Tangan, Payung & Bantal Nikah

Then aku tanya pulak kalau aku tak nak baju gaun & tuxedo tu dan juga baju pengapit macam mana. Sebab aku takde plan pun nak tukar-tukar baju time reception nanti. Malas lerrr. Baju pengapit pulak, memang aku nak belikan kain untuk pengapit aku. At least tanda terima kasih dari aku untuk pengapit aku, kan. Aku tanya laa dia berapa dia boleh kurangkan untuk aku. Sila lihat di bawah:

Sepasang Busana Gaun and Tuxedo (L+P) - Tolak RM100.00
Sepasang Busana Pengapit (P sahaja)         - Tolak RM50.00
=| Memang diorang nak suruh amik jugak laa sebenarnya, kan? =|

Then aku tanya pulak harga kalau aku nak amik pelamin sahaja. Sebab aku macam ada plan jugak nak buat baju sendiri ala-ala Fika. So, cantik! Tapi.. haish melambung-lambung tinggi terus jadinya harga pelamin tuu. Ekeke..

1 Set Pelamin Ovulista Vantage (3 Panel) = RM3,500.00
1 Flower Arch                                        =    RM350.00
1 Set Walkway (6 units)                          =    RM350.00
Red Carpet (75ft.)                                  =    RM400.00
Transportation                                        =    RM150.00
TOTAL                                                  = RM4,580.00

So tak berbaloi. Sebenarnya, takde laa mahal sangat. Tapi, since aku dah jumpa yang murah lagi dan cantik kat tempat lain. Aku rasa macam tak berbaloi sangat laa. But, still boleh KIV.

Dah habis tengok pelamin, aku mula laa belek-belek baju-baju. Hajat dihati ingat nak try-try. Rupanya takleh try. Haha.. risau baju rosak katanya. Dia kata, kalau betul-betul customerdah confirm, baru dia boelh bagi try. Tapi.. kalau tak try, cane nak confirm? Haha.. macam-macam..

Hasil kerja boleh tengok kat facebook dan fotopages diorang.

Next Stop: Dina Halim Bridal Boutique

Reception Update: Lovely Place Wedding

Banyak benda aku dah settlekan hari ni. Alhamdulillah.

Entry ni aku pecah-pecahkna kepada beberapa bahagian eh. Sebab panjang jugak review-review aku untuk semua bridal house yang aku dah pergi. Sila lah anda rajinkan membaca ye. :)

As promised, aku pergi pick up Azila kat rumah around 10.30am. Then terus pergi area depan rumah ene tu. Gombak Prima. Plannya nak pusing-pusing area situ mencari wedding planner yang terbaik untuk pelamin and baju reception nanti. Aku pergi dengan Azila since ene tak dapat nak join sebab dia tengah bertungkus lumus study untuk final exam dia. All the best muncit!

Sampai sana perut mula laa terasa lapar. Okey, cari makan dulu. Kitorang makan kat kedai lauk-pauk ni. Kat area situ jugak. Tak ingat pulak nak amik gambar dia. Haish. Lepas tu, mula laa pengambaraan kami dari satu kedai ke satu kedai. Nearly semua kedai kahwin and kedai bunga kitorang masuk. Cuma yang tutup je kitorang tak masuk haha.

Banyak laa quotation yang kitorang dapat. Ada yang mahal mengutuk, ada yang boleh tahan, ada yang murah (ni yang best ni hahaha). Ada yang friendly, ada yang sombong.

Our first pitstop adalah kedai bunga and barang-barang kahwin nama Lovely Place Wedding. Dah lama sebenarnya aku nak singgah ni. Tapi kalau jumpa ene, memang tak teringat langsung laa nak singgah. Kedai kitorang makan tu memang berdepan je dengan Lovely Place Wedding ni. So, terus laa masuk singgah tengok-tengok since aku memang nak kena cari bunga untuk pelamin. Not bad jugak laa collection dia. Tapi aku tak beli apa-apa pun since banyak lagi kedai nak jenguk. Kang beli awal-awal kang menyesal pulak. Tanya-tanya diorang, rupanya diorang ada amik tempahan gubahan hantaran jugak.





Not bad jugak laa kan arrangements dia? The price pun quite affordable. Gubahan hantaran starts from RM15.00 sampai laa RM50. Murah, kan? Tapiiiiiii.. bunga kena laa beli dengan dia. Ekekee.. Untuk sireh junjung pulak, diorang ni hanya gunakan fresh flowers and fresh daun sireh. daun sireh tipu tak main aaa.. ehehe.. price starts from RM100.00.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...