The Entourage

Saturday 28 April 2012

Engagement Update: Fabric Hand Bouquet

Sebenarnya hari ni plannya nak keluar dengan ene. Nak pergi macam-macam tempat sebenarnya.
1.  Nak try baju kat Mimi Bridal, Keramat and Rins Suzana, Permata.
2. Nak pergi amik sijil kursus kahwin yang dah dekat tiga minggu siap kat Mahligai Firdaus, Setiawangsa.
5.  Nak pergi Semua House beli net untuk pelamin and bridal bouquet holder untuk.. jeng jeng jeng! Sila baca entry ini untuk pengetahui ekeke. :p

Tapiiiiiii.. semua itu tidak menjadi rupanya. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan ahaks. Hari ni kan 28hb. Hari diorang akan berkumpul kat Dataran merdeka untuk perhimpunan Bersih 3.0. Habis tu? Tak payah laa cari pasal nak masuk KL pulak tengah time-time macam ni kan? Duduk rumah diam-diam sudeyh.

Called ene to cancel. ene pun okay je. Dia pun malas nak jam-jam kat KL tu. Buang masa je kan. So better laa pergi esok je. Hopefully esok clear laa. Amin.

Bangun pagi tadi around 10.00am. Lambat jugak. Habis tu, kalau tidur pun dah pukul 4.00am, cane nak bangun awal? Bukan buat apa pun malam tadi. Tengok Astro sampai lebam. Kan Astro skang full channel. Kalau dok dengan mak mertua memang dah kena simbah air ler gamaknya bangun lambat-lambat gitu. Takpe, dok dengan mak sendiri. So, fully utilize masa yang ada selagi boleh ekeke.

Lepas mandi, dah tatau nak buat apa. Mama dah kat kedai. Menjahit laa tu. Rumah dah kosong. Makhluk yang lain tatau ler ke mana. Bukak TV, boring. Lalu dengan tiba-tiba, aku mendapat satu idea.

Pernah tengok tak menda-menda alah nih?

By FilmShotArtifact

By Intan Norazam

Tetiba terpikir nak buat sendiri! Hehe.. since aku takde kerja nih kan? Dah tanya FilmShotArtifact about the price. The price is okay actually. But a bit pricey for me bila pikir-pikir aku boleh buat sendiri. Hehe. Nak tanya Intan, tapi tengok calendar dia dah penuh and tak amik order lagi dah. So, it leaves me with no choice :) Maybe it's not as great as their work, but it'll do. My own kerja tangan for my own engagement. How sentimental is that? :p

So, aku pun naik kereta dan terus ke kedai mama. Mama was surprised tetiba aku rajin datang kedai. Kalau tak, susah sangat nak tengok muka aku kat kedai, kan. Haha. Sampai je kat kedai aku terus tanya mama kat mana dia simpan kain-kain perca dia (tuh laa.. dulu bising cakap kain perca tu menyemak.. skang ni.. hamik kau. sila makan kata-kata sendiri). Mama dengan muka pelik, keluarkan berkotak-kotak kain perca yang disemunyikkan dari abah dan anak-anak dia sebab takut kena buang ekeke.

Lalu, mama terus sambung kerja dia (menyiapkan baju tunang aku ler apa lagi) dan aku pun started rummaging through the boxes looking for suitable fabric for my very first fabric hand bouquet. Sampai bersin-bersin sebab habuk :p

Hasil Tangkapan Dari Kedai Mama

Phew. Penat mencari kain. Of course laa kain aku cari suma shades of pink kan. Kata pun aku pakai baju pink. Takkan nak cari kain kaler hijau pulak? Hehe. Tapi ada juga aku amik kain-kain yang pink campur-campur sket dengan kaler lain. Just nak bagi naik sket bila dah buat jadik bouquet nanti. Siapa-siapa yang ternampak lebih kain dia kat sini.. mintak halal ye ekeke..

 Dah habis cari kain, aku pergi cari buttons pulak. Pergi laa sibuk-sibuk kat mama tanya ada tak butang-butang yang dah tak nak. Kalau yang dah tak nak, mesti laa dah buang, kan? Pemanis ayat je tu. Sebenarnya memang nak pilih butan-butang cantik untuk han bouquet kuuuu. Sekali lagi mama pandang pelik.

Colourful Buttons!

Selepas itu, it's time to potong pattern. Lalu aku pun amik laa benda-benda yang bulat lalu dia tekap atas cardboard untuk buat pattern. Nak buat cane, Geography set aku dah tatau wujud lagi ke atas. Dah berapa tahun oi tak sekolah. Ekeke. Since aku nak buat three layers of sunflowers, aku pun buat laa tiga saiz pattern.

Small, Medium and Large

Tiba-tiba tengok-tengok buku craft mama, terjumpa pulak page ini.. hehe.. macam tau-tau je tawww.

Dari buku Craft Ideas

Lepas tu, mula laa cerita potong memotong kain. Penat jugak wey nak potong kain ni. Macam mana laa mama tiap-tiap hari kerja potong kain agaknya. Sebenarnya awal-awal ni aku nak test-test je dulu. So aku potong je laa kaler apa pun. Then mix & match. Kat bawah ni ada some ideas of choosing colours.

This One Kalau Letak Button Biru Nanti Mesti Cantik

This One is So English Garden, Kan?

Patch Work Is On Its Way! :D

Songket Tu Lebih Buat Kain Kebaya Aku Ekeke..

 Phew.. sangat penat ler potong-potong kain ni. Tak larat. Sambil potong sambil snap-snap gambar untuk uolls. Boleh? :p Yang kat bawah ni yang dah siap. Tapi baru buat dua je pun. Kena bersabar sket nak buat ni.

Tadaa.. Not Bad, Huh? :p

Sebenarnya dah banyak dah siap. Ada laa dalam 16 kuntum. Nak tengok? Jap lagi aku upload. Nak order? Boleh jugak. Ekeke.. Nak tutorial? Punnnnnn boleh. Tapi tengok request dulu, kalau ramai yang mintak, boleh laa aku post tutorial. Kalau tak kang, penat-penat aku post tutorial rupanya, takde siapa pun minat nak tengok ekeke..

Sebelum Pasang Dawai
Sesusah Dicucuk Dawai

13 comments:

  1. xsabar nk tgok hasilnya....
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. I pun sabar nak cucuk dia kat holder dia. Tiap-tiap hari tengok je bunga-bunga yang dah siap tu ekeke

      Delete
  2. Salam Perkenalan.. jumpe awk dari blog cik helena.. =))

    kite pon pernah wat hb macam nie..memang penat skit nak menjahit..

    good luck!!! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Salam kenal, Sharz! kita dah ikut blog awak dah. sekali dengan blog resipi awak tu. Tambah laa lagi entry. Sebab i memang suka masak2 :p

      ouh.. u pun buat handbouquet camtu untuk tunang ke? nak tengok plis.. meh paste link kat sini :DDDD

      Delete
  3. ohh myyy.. rindunya kenangan bertunang simple giler 7 years back.. rasa mcm dah tua je i ni hihi.. color blend zaman sekarang memang cantik giler expecially yg pastel2 tu. sweet sangat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. life goes on yuyunz.. the older u get, the wiser u are.. betul tak? :DD yup yup.. kaler2 untuk wedding skang ni suma cantik2.. semua nak pakai pastel kan.. sweet sangat2 sampai taktau nak pilih mana ekeke

      Delete
  4. hahah! good job! love it! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ni untuk tunang hari tu.. fabric hand bouquet utk nikah pun baru je siap :) nak tengok? http://eatclimbrun.blogspot.com/2012/10/solemnization-update-fabric-hand-bouquet.html :p

      Delete
  5. salam.. nk tnye.. cmne awk cucuk dawai tu ye.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, cucuk je thru kain tu. tebuk la kira :)

      Delete
  6. salam.. nk tnye.. cmne awk cucuk dawai tu ye?? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cuna.. just cucuk je dawai tu bagi tembus kain :)

      Delete
  7. hai..nk tnya camana awk buat pemegang dia yer..

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...